CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4256|Reply: 4

Kereta Terbakar Semasa Dalam Perjalanan Hantar 4 Orang Anak Ke Sekolah

[Copy link]
Post time 20-3-2023 12:28 PM | Show all posts |Read mode
REMBAU – Perjalanan seorang bapa bagi menghantar empat anaknya ke sekolah berakhir dengan tragedi apabila kenderaan yang dinaiki terbakar berhampiran sebuah lampu isyarat di Chembong, di sini, pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Zulfadzli Osman berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.20 pagi dan segera ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.


Menurutnya, sebaik tiba didapati kebakaran membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Livina sedang terbakar ketika pemandunya berusia 44 tahun dalam perjalanan menghantar empat anak berusia enam hingga 17 tahun ke sekolah.




Foto: Kosmo




“Pemandu menyatakan setibanya berhampiran lampu isyarat tersebut, dia terbau benda hangit dan segera ke bahu jalan. Penunggang motosikal yang turut sama di lokasi mendapati ada asap di bahagian hadapan kereta.


“Kesemuanya anaknya tiga lelaki dan seorang perempuan segera keluar dari kenderaan ke tempat yang lebih selamat. Mangsa segera menghubungi talian Mers 999 bagi bantuan lanjut,” katanya hari ini.


Ujar beliau, kenderaan berkenaan dianggarkan terbakar sekitar 90 peratus, manakala, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuhh..syukurr semua selamat jua????
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
boleh ke berlaku insiden tak sempat keluar? tak alert dgn bau, maybe?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak baru lg keta tu..Nissan Livina
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:26 PM | Show all posts
short circute ke jang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053525 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list