CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3742|Reply: 0

Hamilton akui Red Bull terlalu pantas

[Copy link]
Post time 20-3-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode

RED Bull kuasai Grand Prix Arab Saudi. FOTO EPA

Jeddah: Lewis Hamilton yang juga pemegang rekod 103 kemenangan Grand Prix Formula Satu dan meraih tujuh kejuaraan dunia, berkata bahawa dia tidak pernah melihat kereta sepantas Red Bull yang dipandu Max Verstappen.

Pemandu Mercedes itu dipintas oleh juara dunia dua kali Verstappen yang menjana kuasa dari petak ke-15 untuk menamatkan perlumbaan di tempat dua Grand Prix Arab Saudi.

GP berkenaan menyaksikan penamat satu dua Red Bull selepas perlumbaan dimenangi Sergio Perez.

"Saya tidak pernah melihat kereta sepantas ini," kata Hamilton selepas menamatkan saingan di kedudukan kelima di Jeddah.

"Apabila kami pantas, kami tidak begitu pantas.

"Itu kereta terpantas yang pernah saya lihat berbanding yang lain.

"Saya tidak tahu bagaimana atau mengapa tetapi dia memintas saya dengan kelajuan yang begitu pantas.

"Saya langsung tidak dapat menyekat kerana terdapat perbezaan kelajuan yang ketara.

Sebelum perlumbaan, Hamilton menganggap Red Bull menikmati kelebihan satu setengah saat setiap pusingan.

Rakan sepasukan Hamilton, George Russell, yang menduduki tempat keempat dan dinaikkan ke tempat ketiga sebelum diturunkan semula ke tempat keempat selepas semakan, sebelum sidah berkata di Bahrain bahawa dia boleh melihat Red Bull akan memenangi setiap perlumbaan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bull-terlalu-pantas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.274361 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list