Sekolah akan dibuka beberapa hari lagi, duit ibu bapa sekarang ini keluar umpama air untuk membayar buku, pakaian dan transit dan sebagainya.
Selang tiga hari lagi kena fikir untuk persiapan Ramadan dan Aidilfitri pula.
Baju raya warna apa, hendak beli baju berapa helai dan sebagainya.
Selain itu biskut raya pun kena beli atau kena buat sendiri.
Jika hendak jimat kena buat sendiri kerana pengusaha biskut raya sudah menyatakan harga makanan wajib Aidilfitri itu memang naik naik harga tahun ini.
Serba-serbi naik harga tahun ini sejak pandemik, kasihan ibu bapa bersambung-sambung persiapan pada Mac ini kena buat selepas back to school kena bersedia untuk Ramadan serta Aidilfitri pula.
Hari-hari komen di media sosial mengenai kos sara hidup tinggi dan paling panas adalah desakan untuk pengeluaran wang oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Kerajaan kena kecam teruk apabila pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat sandaran bank bagi pembiayaan peribadi untuk pencarum yang terdesak.
Kiranya serba serbi susahlah hidup kita bermula tahun ini dengan kenaikan kos sara hidup dan sebagainya.
Bufet Ramadan juga tidak ketinggalan turut akan naik harga disebabkan kos bahan mentah makanan yang tidak menentu sekarang ini.
Setahu penulis harga paling rendah bufet restoran biasa akan tawarkan dalam harga RM40 dan paling tinggi di restoran lima bintang adalah RM200.
Lebih mengejut apabila beberapa teman memberitahu penulis bahawa slot meja untuk bufet Ramadan di sebuah dewan terkenal di Putrajaya untuk dua minggu Ramadan sudah fully book (habis ditempah).
Wow, hebat orang kita, dalam merungut kos sara hidup tinggi dan mahu kenaikan gaji tempahan bufet Ramadan sudah habis ditempah kerana tawaran early bird (tempah awal).
Itu baru di Putrajaya belum lagi di beberapa restoran di Kuala Lumpur turut habis ditempah untuk tarikh awal-awal Ramadan yang berharga lingkungan RM90 hingga RM150.
Penangan bufet Ramadan nampaknya tidak terjejas walaupun dalam rungutan kos sara hidup rakyat di negara ini.
Husnuzon mengenai perkara itu, penulis beranggapan tempahan bufet Ramadan itu ditempah oleh golongan T20 yang bergaji lebih RM8,000 ke atas.
Golongan ini tidak terjejas apa-apa serba serbi lengkap dan tidak terjejas dengan kos sara hidup yang tinggi.
Post time 19-3-2023 05:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by stingerbumpy at 19-3-2023 05:47 PM
MENU SAHUR @MO is out gais...
RM168......
Gulp......
Kahkahkahkahkah
So anak jiran aku dah plan.....weekend staycation for 2 nites at MO....iftar one day kt MO and the other swing over to FourSeasons....dah buat reservations...early birds.........
Post time 19-3-2023 05:49 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak boleh nak kata fully booked sebab rakyat marhaen yg nak makan kat sana.. Ada jugak sbb kampeni2 yg book utk raikan staff, their customer or buat majlis utk anak yatim..
Post time 19-3-2023 05:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by stingerbumpy at 19-3-2023 05:55 PM
Baju raya tahun ini 7 pasang...open house sebulan kheunz?
Plum, turquoise, lime green, peach, emerald, pink and chocolate tanah(utk ingat hari mati) ...
material mur mur tahun ini...semetre RM300-RM550...dari range kasar rubiah, japanese cotton, lace, belgium lace.........buat kebaya kebarong, dress kelawar....kurung pesak, modern....
Post time 19-3-2023 05:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pengecatbintang replied at 19-3-2023 05:49 PM
prioriti ke laut
yuran PIBG bising
Ada kerajaan buat apa? Ini tanah kita org melayu.....no one is to be denied education....akhirnyer manfaat rakyat yg berilmu utk khidmat pada negara jugak kheunz?
Post time 19-3-2023 06:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mmg la.. Yg book tu x merungut..
Yg merungut put under carpet je..
Settle mslh..
Kkdg terpksa jalani hidup as normal person yg x terkesan. Sedangkn poket mmg da haus nak mamposssss