CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4727|Reply: 0

Hatrik Haaland jadi mimpi ngeri Burnley

[Copy link]
Post time 19-3-2023 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Hatrik Haaland jadi mimpi ngeri Burnley




KELINCAHAN Haaland sukar dikawal. FOTO AP


Manchester, United Kingdom: Pengurus Burnley Vincent Kompany mengalami mimpi ngeri kembali ke Manchester City apabila Erling Haaland menjaringkan hatrik keenamnya musim ini dalam kekalahan 6-0 untuk membawa skuad Pep Guardiola ke separuh akhir Piala FA.

Kompany, merangkul empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kariernya selama 11 tahun bersama City sebagai pemain diberi sambutan wira di Etihad.

Tetapi di atas padang City tidak menunjukkan belas kasihan terhadap bekas kapten mereka apabila Haaland mencatatkan rekodnya untuk musim ini kepada 42 gol.

Julian Alvarez juga menjaringkan dua gol dan Cole Palmer menjaringkan satu gol ketika City kekal di landasan untuk meraih tiga piala - Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Haaland menjaringkan lima gol ketika RB Leipzig dibelasah 7-0 dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu lalu.

Pemain Norway itu kini menjaringkan sekurang-kurangnya hatrik dalam enam daripada 19 penampilannya di Etihad musim ini.

"Ia menjadi beberapa perlawanan yang bagus – perlawanan penting. (Untuk menang) 7-0 dan 6-0 sebelum rehat aksi antarabangsa sangat menakjubkan. Saya sangat gembira," kata Haaland.

"Saya rasa kami berada pada bahagian musim yang sepatutnya menjadi yang terbaik buat kami."

Burnley dalam landasan kembali ke EPL pada musim pertama Kompany mengendalikan pasukan.

Namun pendahulu Liga Kejuaraan itu ditunjukkan betapa mereka perlu merapatkan jurang musim ini dengan persembahan terbaik City.

"Ia sentiasa menjadi tempat saya yang saya bangga untuk pulang tetapi saya juga bangga datang ke sini bersama Burnley," kata Kompany.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mimpi-ngeri-burnley

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.059297 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list