CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3914|Reply: 0

2 Lelaki Pecah Masuk Rumah Salah Curi Kasut Bola Dan Pingat

[Copy link]
Post time 17-3-2023 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Pingat naib juara Piala Negara Afrika bersama barangan berharga lain yang dicuri dari vila milik Mohamed Salah ditemui semula susulan penahanan dua lelaki.


mStar melaporkan, mereka ditahan selepas memecah masuk rumah Salah di Kaherah, Mesir dan salah seorang yang ditahan merupakan bekas pengawal keselamatan di kompleks kediaman itu.




BBC




Kementerian Dalam Negeri Mesir berkata, antara lain yang ditemui polis adalah tiga pasang kasut bola sepak serta pakaian berjenama.


Penemuan barang-barang itu dibuat beberapa jam sebelum perlawanan Liverpool menentang Real Madrid pada petang Rabu.




IG




Selepas kejadian, satu sumber memberitahu Al-Ahram: "Kamera pengawasan di sekeliling sedang diteliti, dan anggota keselamatan yang bertanggungjawab mengawal tempat itu sedang disoal siasat.


"Khidmat sekuriti sedang giat untuk menyelesaikan misteri kejadian itu, dan langkah undang-undang yang diperlukan telah diambil."




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.045962 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list