CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4515|Reply: 8

Anuar Zain Seronok Dan Tenang Sertai Aktiviti Bersama Jemaah Tabligh

  [Copy link]
Post time 17-3-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Anuar Zain mendedahkan dirinya masih menyertai aktiviti bersama jemaah tabligh jika ada kelapangan masa.


Akui penyanyi berusia 53 tahun itu, dia berasa seronok dan tenang ketika menyertai aktiviti bersama mereka sejak 2021.


"Seronok dan tenang kalau dapat sertai aktiviti keagamaan yang dilakukan bersama-sama," katanya yang kali terakhir menyertai aktiviti keagamaan itu beberapa bulan lalu.




IG




Anuar berkata, sekiranya tidak terikat dengan kerja seni, dia berhasrat untuk menyertai aktiviti mereka lagi.


"Saya tak boleh ikut selalu sebab kerja hakiki sebagai artis, cari makan dalam karier seni sebagai penyanyi. Jadi, saya kena tengok masa yang terluang juga," katanya.


Anuar mula aktif mengikuti aktiviti bersama jemaah tabligh sejak 2021 lalu. Malah, pernah tular video dia dan pelawak, Nabil Ahmad bersarapan bersama jemaah tabligh di sebuah masjid di Selangor.


Sementara itu, Anuar juga berhasrat mahu mengerjakan solat terawih di beberapa masjid berasingan sepanjang Ramadan ini.


Anuar berkata, dia juga mahu mengajak rakan rapatnya yang berminat untuk turut serta.


Katanya, ia aktiviti menyeronokkan untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang menjelma tidak lama lagi.


"Seronok sebenarnya kalau dapat menunaikan solat terawih di masjid-masjid berasingan. Tidaklah hanya berterawih di masjid yang sama saja.


"Sayanglah kalau kita tak buat solat terawih penuh. Jadi, saya tak mahu lepaskan peluang ini macam tu saja. Malah, satu pengalaman baru juga kalau dapat berterawih di masjid-masjid berbeza," katanya.


Anuar berkata, dia juga akan mengerjakan solat terawih di rumah bersendirian sekiranya tidak berkesempatan melakukannya secara berjemaah di masjid kerana urusan kerja.


Dalam perkembangan lain, Anuar akan terbabit sebagai penyanyi undangan dalam konsert amal, Flourishes 2023: Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds di Istana Budaya pada 20 Mei ini, jam 8.30 malam.


Konsert anjuran Sekolah Seri Puteri Cyberjaya itu mendapat sokongan Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi mengumpul dana untuk penyertaan ke pertandingan International Orchestra Festival & Competition Golden Sardana di Barcelona, Sepanyol pada 12 hingga 17 September ini.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Teh tarik satuuu bang nuar
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dan teruskan istiqomah sis nuar harap2 jumpa jodoh si sana yach! Ala2 Anjuli dan Mum Jokmok. Walaupun tido sebelah2 tapi takde buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kengkawan bang nuar celebrate birthday bang nuar berbulan2 kan betapa dirimu disayangi
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 02:52 AM | Show all posts
Alhamdulilah. Bolehlah start2 pakai selendang dkt kepala bukan leher, jangan pakai niqab terus.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga istiqomah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bang Nuar dtg dekat korang jgn lari eh.. hidup Melaka..tibeee
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2023 01:30 PM | Show all posts
baptua ni masih coverline ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun kuat bau gayah , tapi at least heols tak menikah untuk tutup bau itew.
tak hancur kan idup anak perempuan orang.
gituuuuu ***sambil tiru pitch tinggi nuar zain walaupun sumbang mambang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.101069 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list