CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3732|Reply: 0

30 Tahun Di Balik Jeriji Besi, Lelaki Menangis Dibebas Hukuman Penjara 400 Tahun

[Copy link]
Post time 17-3-2023 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki mengalirkan air mata sebaik mahkamah memutuskan untuk membebaskannya dari hukuman penjara 400 tahun selepas 30 tahun menghabiskan masa di sebalik jeriji besi.


Harian Metro memetik The Guardian melaporkan, keputusan itu dibuat selepas didapati berlaku kesilapan semasa pengecaman.




VT.co




Sidney Holmes, 57, yang dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan rompakan bersenjata, dibebaskan dari penjara di Fort Lauderdale, Florida selepas kerajaan negeri memutuskan untuk menyiasat semula rompakan bersenjata pada 1988, di mana Holmes dituduh berperanan sebagai pemandu untuk membantu penjenayah melarikan diri dan ditahan pada Oktober pada tahun sama.


Holmes disabitkan kesalahan berikutan perbicaraan juri pada 1989 mendapati dia berkhidmat sebagai pemandu untuk dua lelaki tidak dikenali yang merompak seorang lelaki dan wanita, mencuri kereta mangsa serta mengacu senjata di luar kedai.


Holmes mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya dan menghubungi Unit Semakan Sabitan (CRU) peguam negeri pada November 2020.


"ihak pendakwa dengan CRU menentukan Holmes mempunyai dakwaan yang munasabah untuk tidak mengaku bersalah kerana pengenalan saksi yang tidak pasti menjadi bukti utama dalam perbicaraan," kata peguam negara Broward, Harold Pryor.







Penyiasatan semula oleh CRU mendapati, pengenalpastian saksi mata terhadap Holmes mungkin pengenalan yang salah disebabkan oleh gambar dan amalan proses pengecaman biasa digunakan oleh penguatkuasa undang-undang ketika itu yang disifatkan oleh Pryor sebagai tidak boleh dipercayai secara saintifik.


Tiada bukti kukuh yang mengaitkan Holmes dengan perompak itu selain daripada pengenalan yang salah.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.138605 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list