CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5356|Reply: 7

Lans Koperal Bunuh Isteri Dihantar Ke Hospital Bahagia

[Copy link]
Post time 17-3-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode
KANGAR – Anggota polis berpangkat lans koperal, yang dituduh membunuh isterinya di Kampung Bendang Baru di sini pada 5 Mac lalu diperintahkan menjalani pemerhatian di hospital mental selama satu bulan.


Majistret Ana Rozana Mohd. Nor mengeluarkan perintah tersebut ke atas Mohammad Nizarman Hassim, 27, selepas mendengar permohonan Pengarah Pendakwa Raya Perlis, Mohd. Nordin Ismail yang meminta agar tertuduh menjalani pemeriksaan mental selama satu bulan.


Terdahulu, tertuduh yang memakai baju berwarna merah mengangguk ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di Mahkamah Majistret 2, Kompleks Mahkamah Kangar.




Foto:Kosmo




Mohammad Nizarman dituduh membunuh Safsufarnisya Salleh, 26,pada 5 Mac antara pukul 6.45 pagi hingga 8.50 pagi di alamat 13A, Kampung Bendang Baru, Simpang Empat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Tertuduh juga dilihat beberapa kali mengesat air mata menggunakan kedua belah tangannya ketika berada di dalam kandang tertuduh.


Tertuduh juga didengar meminta kebenaran daripada pengiring untuk melawat pusara isterinya sebelum dibawa keluar dari kandang tertuduh.


“Saya ada permintaan, saya nak melawat kubur bini,” katanya ringkas selepas Majistret memerintahkan dia menjalani pemeriksaan mental di hospital bahagia.


Majistret Ana Rozana juga menetapkan 14 April ini untuk sebutan semula kes.


Kosmo! sebelum ini melaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tembakan di bahagian bawah mata sebelah kiri selepas ditembak suaminya yang merupakan anggota polis. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah untuk Arwah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah makan dadah
Masuk spital bahagia plak
Nnt kirim Salam kat apis rosdi
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 01:48 PM | Show all posts
shernazz replied at 17-3-2023 01:48 PM
Dah makan dadah
Masuk spital bahagia plak
Nnt kirim Salam kat apis rosdi

Apis rosdi tampoi atau tanjung rembutan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau macam ni lama2 dia jadi mental sendiri sbb duk ingat scene dia tembak bini dia berkali2
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu yg sis meluat tengok bideo Alip Satar menangis pergi perjara lawat banduan seumur hidop. Some people cannot be rehabilitated.. yg ko dok xde kene mengene meleh air mata hingus bagai kesian konon..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 17-3-2023 01:48 PM
Apis rosdi tampoi atau tanjung rembutan?

Tanjung rambutan katanya sister
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.057419 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list