CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3761|Reply: 0

Dihukum Sebab Kapak Kepala Isteri Sendiri, Penari Bogel Mati Dalam Penjara

[Copy link]
Post time 16-3-2023 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Bekas ahli kumpulan penari bogel Dreamboys, David Richards ditemukan maut dalam penjara


Pada Selasa, jurucakap HMP Lowdham Grange, Nottinghamshire, berkata: “Kami boleh mengesahkan bahawa seorang banduan meninggal dunia di HMP Lowdham Grange pada 13 Mac.


“Waris telah dimaklumkan dan kami bersimpati dengan keluarganya. Seperti semua kematian dalam tahanan, akan ada penyiasatan, oleh itu kami tidak dapat mengulas lanjut pada masa ini."




Foto: Yahoo News




Untuk rekod, Richards, 42, dijatuhi hukuman penjara selama 27 tahun pada Januari selepas dia menyerang isterinya, Alex Alam yang berusia 32 tahun kerana cemburu melihat wanita itu bermesraan dengan seorang individu.


Richards menyerang mangsa menggunakan kapak selepas wanita itu melangkah keluar dari rumahnya di Stock, Essex, bersama anjingnya pada 3 April 2022.


Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami keretakan tengkorak dan luka pada bahagian muka dan kulit kepala. - CARI


Sumber: mStar/Yahoo News
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.030985 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list