View: 7609|Reply: 4
|
[Dunia]
Ujian kereta terbang berpemandu pertama di Jepun
[Copy link]
|
|
Ujian kereta terbang berpemandu pertama di Jepun
KERETA terbang LIFT Aircraft diuji di Osaka. FOTO AFP/JIJI Press
Osaka: Ujian penerbangan kereta terbang berpemandu pertama Jepun berjaya dijalankan di barat Osaka pada Selasa.
Kereta terbang satu tempat duduk buatan Lift Aircraft Inc dari Amerika Syarikat itu terbang selama kira-kira 10 minit. Semasa penerbangan, ia berlegar kira-kira 8 meter di atas tanah dan kemudian dipandu berpusing-pusing, menurut Jiji Press.
Syarikat perdagangan Jepun Marubeni Corp menjalankan ujian penerbangan itu di padang besbol di Osaka Castle Park dengan kerjasama kerajaan bandar dan wilayah Osaka. Kereta terbang dijangka digunakan secara komersial pada Ekspo Osaka 2025, katanya.
Selepas pendaratan, Masatoshi Kumagai, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif firma teknologi maklumat utama Jepun GMO Internet Group Inc. memberitahu pemberita bahawa kereta terbang "akan menjadikan impian manusia sebagai kenyataan."
"Saya berharap (kereta terbang) akan digunakan secara praktikal di Ekspo dan melakukan yang terbaik," katanya.
Marubeni dipilih sebagai operator kereta terbang bersama syarikat lain termasuk syarikat penerbangan ANA Holdings Inc dan Japan Airlines.
Penerbangan ujian luar itu akan menyediakan data mengenai tahap bunyi dan kesan angin pada laluan penerbangan yang menghubungkan tapak acara dan parkir kereta terbang di luar bandar raya, selain menimbang langkah-langkah keselamatan, katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... du-pertama-di-jepun
|
|
|
|
|
|
|
|
Impian atuk tercapai.. tapi bukan kat mesia la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti upgrade drone... Different version helicycle saja... |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-3-2023 05:06 AM
Impian atuk tercapai.. tapi bukan kat mesia la..
Haha. Malaysia ni sekadar negara consumer aje,bukan negara mencipta. Malaysia spends so little on R&D. Even Israel pun mengatasi Malaysia dalam R&D spending. Negara maju seperti jepun dan korea selatan tu mmg jauh lebih tinggi mcm langit dan bumi compared dengan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 16-3-2023 08:06 AM
Haha. Malaysia ni sekadar negara consumer aje,bukan negara mencipta. Malaysia spends so little on ...
Israel tu dpt biliyun2 drp uncle sam deme.. laeenn.. laeenn..
Mmg mesia negara consumer.. duit bkn utk mencipta tapi utk masuk poket politicians.. mcm somi dok bg rm20 sebulan kpd bini, pastu harap bini rupa jadi mcm angelina jolie.. tambahan pulak dpt komuniti yg dok memperlekehkan pompan.. camne nak maju? |
|
|
|
|
|
|
| |
|