View: 12976|Reply: 71
|
Isteri Sakit Hati- Dilarang Cakap Penat Buat Kerja Rumah Dan Memasak Sebab Suami Dah Beri Nafkah
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mendedahkan suaminya yang suka mengungkit nafkah yang telah diberikan kepada keluarga.
Tanpa mendedahkan identitinya, dia mengadu berasa tertekan dengan sikap suaminya itu kerana sering mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai isteri dan meminta pandangan pengguna Twitter yang lain.
"Adakah normal (biasa) untuk suami rasa isteri kena jalankan tanggungjawab masak atau kemas? Sebab suami dah jalankan tanggungjawab sediakan tempat tinggal atau barangan dapur dan gunakan ayat 'saya jalankan tanggungjawab bayar rumah atau barangan dapur. Awak boleh pula bagi alasan letih kalau tak masak atau kemas. Boleh ke saya nak kata saya letih bayar rumah bulan ni, jadi awak bayar pula? Lepas tu kalau jadi macam ni, kita pecah je la bayar rumah dan duit barangan dapur, barulah adil," luahnya, mengimbas kata-kata si suami.
Gambar Hiasan
Tambah wanita itu lagi, dalam satu keadaan yang mana suaminya lapar, dia meminta lelaki itu untuk makan makanan yang sudah tersedia memandangkan waktu sudah lewat malam.
Namun saranannya tidak diendahkan, sebaliknya dia dilabel isteri yang tidak mengenal untung kerana melupakan pengorbanan seorang suami memberi nafkah.
"Kalau tengah malam lapar, suami harap saya masakkan. Bila saya minta suami makan apa yang ada, dia marah dan mengaitkan kembali dengan pengorbanan suami dah sediakan tempat berteduh.
"Dia gunakan ayat macam ni ke awak layan suami yang sediakan tempat tinggal untuk awak dan jaga awak?" ujarnya.
Sebagai isteri yang bekerja, dia mengakui adakalanya terpaksa menggunakan khidmat pesanan melalui GrabFood atau Foodpanda kerana tidak mempunyai masa atau penat untuk memasak sejurus tiba di rumah.
Sementara itu, pengadu turut memberitahu bahawa suaminya seolah-olah meletakkan urusan keluarga di atas bahunya seorang dan menggunakan alasan 'sama-rata' kerana sudah membayar duit rumah dan sebagainya.
Apa yang lebih membuatkan pengadu 'makan hati' apabila dia tidak pernah kedekut dengan suami terutamanya jika keluar membeli barang dan makan bersama.
"Kami dua-dua bekerja. Bila balik kerja, saya memang tak sempat dan keletihan nak buat semuanya. Jadi untuk makan malam, saya pesan makanan dan bayar sendiri.
"Suami pula memang tegas dan kata dia, urusan rumah suami 20 peratus dan 80 peratus saya (masak, basuh baju dan sebagainya) atas dasar keadilan sebab dia dah bayar duit rumah.
"Jujurnya saya tertekan sebab saya bukanlah seorang yang berkira dengan suami. Contohnya keluar dengan suami dan kami beli barang rumah atau minum kopi, saya bayar tanpa tunggu suami keluarkan duit.
"Kalau teringin makan sesuatu, saya akan cuba masakkan terutamanya pada hujung minggu. Kebiasaannya hujung minggu baru buat apa yang perlu.
"Tapi suami rasa benda tu tak adil sebab dia dah bayar tempat tinggal, barang dapur dan nafkah untuk 365 hari atau setahun. Jadi kenapa pula saya ada hari yang tak boleh masak atau kemas?" ujarnya lagi.
Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama suami, wanita itu mahu memberi cadangan kepada suaminya agar bayaran nafkah keluarga dipecahkan kepada dua.
Dalam pada itu, pengadu turut bertanya pendapat jika pasangan suami isteri lain turut mengalami masalah sama serta meminta cara menguruskan rumah tangga pada hari bekerja.
"Bagi mengelakkan tekanan, saya nak cadangkan untuk kami asingkan atau saya bayar rumah dan barang dapur pula lepas ni. Tetapi sebelum tu saya nak tahu kalau situasi saya dan suami ni perkara biasa macam apa yang pasangan lain rasa.
"Mohon tip mudah untuk kemas atau masak pada hari bekerja untuk isteri yang bekerja. Terima kasih," ujarnya lagi.
Memetik artikel mStar, menurut Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan, tidak ada perbezaan pandangan ulama' yang mengatakan bahawa harus seseorang isteri itu untuk melakukan kerja-kerja rumah bagi membantu suaminya melainkan para alim ulama' berselisih pandangan adakah ia menjadi kewajipan ataupun tidak.
Pada pandangan mazhab Syafie, Hambali dan sebahagian pandangan dalam mazhab Maliki mengatakan bahawa tidak menjadi kewajiban bagi seorang isteri untuk melakukan kerja rumah akan tetapi yang lebih baik adalah seorang isteri perlu membantu seorang suami dengan melihat adat setempat.
Jika adat setempat itu menganggap wanita perlu melakukan kerja rumah seperti membasuh baju, menyapu dan membersihkan rumah maka menjadi keutamaan bagi wanita itu untuk melakukannya.
Menjengah ruangan komen, seorang netizen memberi pandangan bahawa melakukan kerja rumah merupakan tanggungjawab suami kerana ia merupakan salah satu daripada nafkah yang telah ditetapkan dalam agama.
"Akak cakap dengan suami akak, tugas utama isteri adalah layan suami dan lahirkan anak sahaja. Suami akak ni dimomokkan (tipu helah) dengan budaya Melayu sahaja. Masak apa semua tugas isteri.
"adahal jaga anak masak urus rumah tangga, kerja rumah, cari nafkah itu semua tugas suami. Suruh dia tengok ceramah," komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Toksah simpan laki gitu dekkk..
Ada ank esok lagi haruu.
Selfish. Mampu pikir penat & effort dia ja dlm rumahtgga. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 15-3-2023 10:11 PM
Suami patut kawen perempuan gemuk, perempuan gemuk suka makan2 automatik suka masak2. jgn kawen perempuan diet makan salad mentah hari2, makan salad jam 8 malam jam 11 lapar lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Susah kalau dpt pasangan yg berkira. Be it jantan or tino. Perkahwinan ni adalah kerjasama. Kalau satu pihak tak paham mmg payah la. Sis ni kena ckp kt suami ambik jela maid. Apooo setakat bayarkan rumah beli brg dapo ko expect org tu jadi bibik ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Hoooo...
La ni budak² pn mkn ritalin
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox: sbb tu la zaman dulu kat barat ... dani-rox: sbb tu la zaman dulu kat barat ...
kalau wujud pil ni sekarang, acik feminist kat sinuuu amarika tahu, mahu melingkup bisnes pil ni |
|
|
|
|
|
|
|
Berkira gila. Laki.
Harap next laki dia lebih berakal |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrg ramai baik tapi bila bab duit hilang agama. |
|
|
|
|
|
|
|
dayus punya jantan tu je aku nk ckp, sila mereput |
|
|
|
|
|
|
|
ramai sungguh spesis jantan taguna skrg..org kawen ko pun nak sedap..tapi x de duit... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak pecah duit bayaq umah, voley ka minta reta sepencarian bila cerai nnt? |
|
|
|
|
|
|
|
nasihat acik untuk gadis2 yang bujang...
carilah bakal laki T20 atau level-level CEO....kalau tak nak berkongsi DUIT
ni cari yang level B40 dan M40, kena la dik, beralah dan berkerjasama demi keharmonian rumah tangga |
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 16-3-2023 05:09 AM
ramai sungguh spesis jantan taguna skrg..org kawen ko pun nak sedap..tapi x de duit...
Yg kongsi bantal dgn ko tiap malam kecuali minggu piyed ko tahap berapa tagunanyer?
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 16-3-2023 05:17 AM
Kalau tak pecah duit bayaq umah, voley ka minta reta sepencarian bila cerai nnt?
Jgn sebut Kawen,calon pun ko takda, sibuk mintak reta sepencarian....
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Berenti kerja ddk rumah srh dia byr semua termasuk duit poket tt. Baru dia ade akal |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya yg aku jumpa pulak; suami (t20) keje macam nak mati , isteri surirumah sepenuh masa tp breakfast, iron baju, kemas rumah, mengemop, sawang, vacuum, cuci toilet, baju tak berlipat even rumah ada dryer.
So, si suami masak every Sabtu Ahad/ belanja mkn kat luar.
Lepas tu si isteri mengungkit nafkah dia rm500 je tp dia buat hilang ingatan, kredit kad suami untuk dia beli apa saja ada pada dia. Dengan drive pun tak reti @ malas gila nak mati even dah pernah ada lesen sampai mati balik. Insurans,savings semua suami dah provide.
La ni suami depression. |
|
|
|
|
|
|
|
CardiGans85 replied at 16-3-2023 07:30 AM
Masalahnya yg aku jumpa pulak; suami (t20) keje macam nak mati , isteri surirumah sepenuh masa tp br ...
Bini dia cantik sgt ka sampai takleh lepaskan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini antara masaalah terbesar umat manusia, tak kira islam atau bikan islam sama saja, anak lelaki tidak benar2 dididik untuk menjadi pemimpin.
Dan yg peliknya agamawan2, penceramah dan segala PU xyz nya tak highlight isu-isu sosial ni, sebaliknya lebih seronok bercakap bab artis, bab tak pakai tudung. Dok hightlight isu ranting tp sengaja tak nak bahaskan isu akar yg lebih penting.
Adalah sangat penting dlm pembentukan masyarakat itu kaum lelakinya faham ttg tugas dan peranan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Membe penah pesan, dari awal² kawin dh stat bincang peranan masing². Nnt idok le masa ada anak, laki terkejut pehal kena buat keja rumah. Bini plk stress makan hati sume atas bahu |
|
|
|
|
|
|
| |
|