CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6489|Reply: 3

Lelaki Hampir Hilang Lengan Kanan Diserang Kuda Belang Peliharaan Mengamuk

[Copy link]
Post time 15-3-2023 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Lengan kanan seorang lelaki hampir putus selepas diterkam kuda belang peliharaannya.


Kejadian itu menyebabkan polis terpaksa menembak haiwan berkenaan sehingga mati Ahad lalu.




The Sun




Daily Mail semalam melaporkan, serangan ngeri itu berlaku sekitar pukul 5.30 petang (waktu tempatan) di Circleville, Ohio dengan penolong-penolong syerif daerah Pickaway bertindak balas terhadap kejadian itu.


Difahamkan, Ronald Clifton merupakan pemilik haiwan itu dan ia bertindak sedemikian bagi melindungi enam ekor kuda belang betina.


“Saya rasa ia mengoyakkan lengan saya,” kata Clifton, 72, ketika memberitahu operator talian kecemasan sebelum anggota yang bertindak balas dengan panggilan tersebut tiba di lokasi kejadian.


Rakaman kamera badan menunjukkan Clifton terbaring di atas tanah dengan kesakitan di sebuah padang yang berpagar sebelum dibawa ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.


Kuda belang jantan besar itu terus bertindak agresif selepas ketibaan penolong-penolong syerif, yang menyebabkan seorang pegawai menembak haiwan itu. Menurut polis, ia adalah tindakan yang perlu dilakukan.


Tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan tingkah laku agresif haiwan itu tetapi pegawai berkata, ia mungkin cuba melindungi beberapa betina kuda belang betina yang berada di padang sama.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh eh bela zebra
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena pakai baju berwajah harimau
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
bodo
dah kenapa nak tembak haiwan tu
dah memang sifat haiwan agresif
udah ghoper kes travis chimpanzee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.064157 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list