CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2319|Reply: 0

[Perlis] Etnik Rohingya mula kuasai pekerjaan di sektor pembinaan di Perlis

[Copy link]
Post time 15-3-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: Proses penghantaran pulang ke negara asal yang lambat selain penempatan ke negara ketiga yang dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian UNHCR yang amat rendah dan perlahan dilihat menjadi punca etnik Rohingya mulai membanjiri pekerjaan dalam sektor pembinaan di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Belia dan Sukan, Pembangunan Sumber Manusia, Penerangan, Badan Bukan Kerajaan negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, tempoh yang lama untuk menunggu kad UNHCR juga dilihat menjadi faktor menyebabkan etnik Rohingya bekerja secara haram untuk mencari pendapatan di Perlis.

"Seperti kita tahu, etnik Rohingya yang masuk ke negara ini kebanyakannya masuk secara tidak sah dan hanyalah bertujuan mendapatkan kad UNHCR yang dikeluarkan oleh Pejabat UNHCR Malaysia.

"Dalam usaha mengekang permasalahan ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Perlis sentiasa mengadakan dan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati), termasuk membabitkan etnik Rohingya di negeri ini.

"Operasi yang dijalankan JIM pula tidak tertakluk kepada rondaan dan pengawasan di pintu sempadan malah merangkumi pemeriksaan di kawasan perkilangan, pembinaan, perumahan, tempat tumpuan awam dan lain-lain," katanya.

Beliau menjawab soalan Wan Zikri Aftar Ishak (PN-Tambun Tulang) pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis ke-15 di Kompleks Dun Perlis di sini, hari ini berkaitan tindakan kerajaan negeri menangani kebanjiran etnik Rohingya yang semakin bertambah malah menguasai pekerjaan di sektor pembinaan.

Kata Muhammad Azmir, JIM Perlis menjalankan pelbagai operasi dalam usaha membanteras kemasukan pendatang asing ke negeri itu seperti Op Sayang, Op Sapu dan Op Mahir.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pembinaan-di-perlis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.347677 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list