CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9002|Reply: 83

wow meletup dekkkk...Tiket konsert Ella 'sold out' dalam masa 24 jam

  [Copy link]
Post time 15-3-2023 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Tiket konsert Ella 'sold out' dalam masa 24 jam

Ella


Kuala Lumpur: Ratu Rock Malaysia, Ella, 57, mencipta rekod baharu apabila tiket konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota 'sold out' dalam masa 24 jam sahaja bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin sangat terharu terima sokongan luar biasa untuk konsertnya yang bakal berlangsung pada 10 Jun depan.

"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan saya, RockQueen dan juga rakan penganjur, Hitman Solutions dalam menjayakan konsert ini. Saya sangat teruja, berbangga dan bersyukur dengan hasil jualan yang luar biasa ini.

"Saya juga berterima kasih kepada semua peminat dari pelusuk dunia, terutama dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga Brunei atas semangat mereka yang ingin bersama saya meraikan konsert ini," katanya.

Ella mengakui tidak sabar untuk berikan yang terbaik pada semua dan dipermudahkan kesihatannya menjelang konsert itu.

Menurutnya, penganjur juga dalam rangka mencari alternatif lain untuk peminat yang keempunan membeli tiket.

"Semoga peminat dapat mendoakan kesihatan kesemua pihak yang terbabit agar acara ini menjadi memori wajar dikenang. Bagi yang terlepas peluang mendapatkan tiket, Insya Allah pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dan akan mencari jalan terbaik untuk memuaskan hati semua," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, selaku penganjur berkata sambutan luar biasa itu bukti kukuh bahawa peminat Ella sememangnya sangat besar pengaruh.

"Kejayaan ini membuktikan bahawa betapa hebatnya peminat-peminat Ella dan saya kagum dengan kesungguhan mereka kerana tidak berputus asa untuk mendapatkan tiket konsertnya. Ternyata Ella adalah Ratu Rock Negara yang tiada tolok bandingnya!

"Secara jujur, saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan Ella beraksi di atas pentas dan 'rock out' bersama peminat," katanya.

Tiket konsert yang mula dijual jam 12 tengah hari semalam terjual sebanyak 50% hanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Bagaimanapun, penjualannya dihentikan buat sementara kerana lebih 25,000 membanjiri laman web menunggu dapatkan tiket. Kebanjiran itu mengakibatkan proses pembelian menjadi tergendala.

Pihak penganjur segera menyelesaikan isu terbabit dan penjualan disambung semula pada jam 5 petang hari sama.

Sekitar 7 malam, 90% tiket berjaya terjual dan selebihnya hanya tinggal kategori Rockzone. Secara rasminya tiket habis terjual pada jam 12 tengahari hari tadi.

sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... t-dalam-masa-24-jam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 07:36 AM | Show all posts
kalah la yg lg sorg tu kheun
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 07:46 AM | Show all posts
konon nk pencen
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 08:00 AM | Show all posts
wow. letopan meledak ya sambutan peminat nek ella.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 08:30 AM | Show all posts
Themilo replied at 15-3-2023 08:00 AM
wow. letopan meledak ya sambutan peminat nek ella.

tp aku slalu igt gimikz jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
sangbara2020 replied at 15-3-2023 07:36 AM
kalah la yg lg sorg tu kheun

Menangis nek ani baca komen kau ni dek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2023 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Huh...bukan aritu kata nak pencen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 08:37 AM | Show all posts
kesian muka nek ella.. kembung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut buat 2 hari.. Time nak beli system down.. Nak beli blk dah sold out...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
57 dh umur….

age just a number….
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 08:50 AM | Show all posts
nek ella sold out
nek ani gone out

hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 10:38 AM | Show all posts
terkejut gak aku, standing zone pun semua habis

baru nak grab satu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ratu Rock ok.....suara dia maintain smpai skg....organizer bleh tambah tarikh baru lagi utk buat konsert Ella ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 10:52 AM | Show all posts
Ella byk lagu boleh layan... head abngig sedap ni
kalau nek ani.... tak ingat sgt lagu2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 11:10 AM | Show all posts
i ols dpt beli.. 49min q.. siap bole asar dulu sambil tgu line tu.. hahah..
Ella mmg i ols minat dari kecik.. dia nyanyi live tu..sedap giler.. moga Ella sihat selalu.. Amin Yra..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ella kot. Showmanship memang bagus sedari dulu. Lagu2 pun sedap. Tak hairan la sold out. Aiyem happy for you acik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
AKAK TUNGGU PU SYIT KA SEMAH HARUM CERCA KONSERT HIBURAN PENUH MAKSIAT LAGI MELALAIKAN SI ELLA RASA INI DEKKKKKKKK
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 Ella tambah lagi sehari la konsert dia ni..ramai lagi yg nk beli tiket ni. Aku tgk dia perform masa kat Faztival Fazura, memang awesome!!! Tapi tu la tak puas sebab Ella perform 3 lagu je masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sana sini concert , time2 artis buat duit , pkp terperap rumah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 12:16 PM | Show all posts
mek ani sengau dan 30 orang kampung di belakangnya mesti menangis tepi langsir...

mek ani kembali lah ke level 1 balik... perform tepi pasar selayang jah lepastu letak tin beskot karat kat depan... nanti ada la tu yang hulur singgit dua... jadi lah atleast dapat juga duit dari tiket tak laku....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.352056 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list