CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1148|Reply: 0

[Perlis] Kerajaan Perlis disaran tubuh Unit Khas Pelancongan - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 14-3-2023 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Perlis disaran tubuh Unit Khas Pelancongan - Raja Muda Perlis


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my





RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.




Kangar: Kerajaan negeri disarankan untuk menubuhkan unit khas pelancongan atau Perlis Tourism Board yang mampu membawa industri pelancongan negeri itu ke satu tahap yang lebih baik.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa Perlis tidak mempunyai badan khas yang menguruskan hal ehwal pelancongan negeri berbanding negeri lain.

"Jika dibandingkan dengan negeri lain, Perlis tidak mempunyai badan khas yang menguruskan hal ehwal pelancongan negeri.

"Semua inisiatif dan penggerak sektor ini dibuat secara kolaboratif di antara jabatan serta agensi bersama orang awam.

"Oleh itu, beta berkenan agar kerajaan negeri dapat menubuhkan satu unit khas pelancongan atau Perlis Tourism Board yang mampu menggerakkan pembangunan sektor ini ke tahap yang lebih baik," titahnya ketika merasmikan Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN, Persiaran Wawasan di sini, hari ini.

Titahnya, kelebihan landskap Perlis menjadikan negeri itu mempunyai tarikan semula jadi tersendiri kepada sektor pelancongan.

"Landskap Perlis adalah satu anugerah yang tidak terhingga dikurniakan Allah SWT kepada kita dan dengan kelebihan ini menjadikan Perlis satu negeri yang mempunyai tarikan semula jadi tersendiri.

"Kelebihan ini memberi peluang kepada negeri memperkasakan sektor pelancongan di mana pada hemat beta, sektor ini berfungsi sebagai ejen perubahan terhadap ekonomi, alam sekitar dan sosial negeri ini selain berupaya mewujudkan pusat pertumbuhan baru, menjana peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada rakyat," katanya.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah bahawa tahun ini adalah tahun akhir persediaan kerajaan negeri untuk menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024.

"Bagi menyambut pengunjung pada tahun hadapan, kerajaan negeri perlu membuat persiapan rapi dari semua aspek seperti memastikan kemudahan infrastruktur yang baik, kebersihan terjaga dan pemain industri pelancongan membuat penambahbaikan kemudahan serta produk masing-masing.

"Kegagalan kerajaan negeri dalam perkara ini dikhuatiri akan menjejaskan imej negeri serta memberi perspektif yang kurang baik di kalangan pengunjung malah pada tahun lalu sahaja, seramai 2.7 juta pelancong direkodkan datang ke Perlis.

"Alhamdulilah...tahniah dizahirkan kepada kerajaan negeri serta sosial media 'influencers' yang terbabit kerana bertungkus lumus mempromosikan pelancongan negeri ini," titahnya.

Dalam masa yang sama juga, baginda menjelaskan bahawa pusat pelancongan baharu yang dibangunkan oleh swasta juga dilihat mula menunjukkan kemajuan dan dijangka beroperasi dalam masa terdekat.

Ini termasuklah seperti Pavillion Padang Besar, Pembangunan Motel, Pusat Makanan Laut dan Rekreasi di Persisir Pantai Bukit Batu Putih, Kompleks Kemudahan Pelancongan Kuala Perlis, Projek Perlis Base Camp Gua Kelam dan Projek Nuansa Lentera Glamping and Retreat yang dijangka akan mampu menarik pelancong kelak.



Disiarkan pada: Mac 14, 2023 @ 1:21pm














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.062783 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list