CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12536|Reply: 26

‘Salam Uqasha, Kalau Free Call Abang Ye’, Aaron Aziz Cuba Amankan Keadaan, Nafi Tunjuk Pandai

[Copy link]
Post time 13-3-2023 10:53 PM | Show all posts |Read mode






Dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan berita sedih apabila pelakon Kamal Adli dikejarkan ke hospital selepas cedera di kepala dipukul seorang lelaki warganegara Singapura dihadapan isterinya, Uqasha Senrose ketika menghadiri satu Expo di negara jiran itu.


Memetik OhBulan, menerusi satu rakaman video, pelakon, Aaron Aziz dilihat tampil membuka mulut mengenai apa yang berlaku terhadap kes Kamal Adli.


Menurut Aaron, dia tidak mahu masuk campur mengenai apa yang sudah berlaku terhadap Kamal Adli ketika berada di Singapura. Tambah Aaron, video yang dilakukan itu sekadar mahu mengamankan keadaan.








"Nak cerita sikit pasal kes Kamal Adli. Orang itu dah kena tangkap. Ada yang mengatakan jangan masuk campur. Bukan saya nak masuk campur. Saya pernah berada di mana apa yang Uqasha rasa dan apa yang Kamal rasa. Sebab masa saya mula berlakon di Malaysia, saya datang sini sebatang kara dan sehelai sepinggang. Tiada siapa pun yang tolong dan bantu."

"Jadi, saya rasa macam nak tolong sebab saya tahu Uqasha tengah trauma. Sebagai seorang isteri kalau bukan dia, kalau benda itu berlaku dekat isteri saya, saya harap suatu hari nanti ada orang juga dapat membantu isteri saya."


Ujar Aaron, dia tidak mahu kes ini menjadi besar sehingga tercetus pergaduhan pada masa hadapan.


"Saya tak nak kes ini menjadi besar sampai nanti artis Singapura kalau datang ke Malaysia kena pukul balik ke apa ke. Jadi saya harap benda itu tidak akan berlaku. Pihak berkuasa dah pun ambil tindakan.


"Saya mohon kawan-kawan di seluruh Malaysia bersabar dan jangan ada perasaan marah. Saya cuma nak buat damage control sahaja. Saya nak amankan keadaan. Sebab dekat sini pun ada saja ramai artis dari Singapura dan bermaustatin di sini. Saya tak nak benda ni jadi isu itu sahaja."

  



Di akhir video, Aaron mendoakan supaya Uqasha sabar dan tabah menerima dugaan yang berlaku. Jelas Aaron, Kamal seorang lelaki yang baik.


"Saya sedih mengenai apa yang berlaku terhadap Kamal. Sama-sama kita doakan kesembuhannya"


Terdahulu, di ruangan komen Instagram Uqasha, Aaron turut meminta Uqasha menelefon dirinya sekiranya pelakon ‘Setia Hujung Nyawa’ itu mempunyai masa. Walaupun ramai yang memuji niat Aaron yang dilihat seperti ini memberikan pertolongan apa yang patut memandangkan dia berasal dari Singapura namun ada juga yang cakap dia cuba tunjuk pandai.






Kesian Aaron, nak tolong dan bagi semangat pada rakan artis pun kena label macam-macam pula. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kot2 bangaron boleh bantu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 10:57 PM | Show all posts
bagus la pakcik aaron beruban tolong bantu... kot2 murah rezeki heols lepasni bantu orang2 dalam kesusahan... kebetulan dah kena buang dari filem so yesteryears original gangster tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:00 PM | Show all posts
dia dah jadi malaysian PR kan.. adi putra pun sama rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Korg tatau je abg aaron mmg abg bsar kt sana..no wnder dia bole bantu couple ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm ok harun..
tapi bosan la vid harun membebel.. mohon buat vid capmelan pula..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2023 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
cikgojesss replied at 13-3-2023 11:06 PM
hmm ok harun..
tapi bosan la vid harun membebel.. mohon buat vid capmelan pula..

Heyyyy...besaaaa ni

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg netizen bangang suh pi balas balik pehal? Ni kes personal. Sapa yg nak bantu, bantu jer. Tapi bkn cara balas balik. Baca kt medsos, ntahapahapa komen masing2..

Cuma lepas ni, klu dah dapat mesej ugutan mcmtu, kena lebih berhati2. Jangan buat tak tau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2023 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu pernah baca kat mana tah yang aaron ni pernah join geng jugak kat SG. then baca kat thread berkaitan yang attack kamal pun ada kaitan dengan geng kongsi gelap. apapun memang simpati la dekat uqamal laki bini
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kaedahnya replied at 13-3-2023 11:58 PM
dulu pernah baca kat mana tah yang aaron ni pernah join geng jugak kat SG. then baca kat thread berk ...

Geng kongsi ke? Kalau betul dia boleh cari la yg pukul kamal tu geng mana.boleh sembang pjg apa motif pukul sebab lain macam nekad mamat tu lgsg tak nampak takut siap buka mask senyum lepas pukul..dah tu pulak ugutan bunuh family uqasha..kena siasat betul2 ni dah macam international case dah pulak...jangan sampai john wick pun turun pdg kang
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2 ada kaitan dgn vvip ke ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng kongsi gelap?
Apa kaitan dgn kamal ye?
Tapi scary wooo. Masuk macam fan. Takde siapa perasan dia bawak senjata.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dinmur01 replied at 14-3-2023 12:05 AM
Geng kongsi ke? Kalau betul dia boleh cari la yg pukul kamal tu geng mana.boleh sembang pjg apa mo ...

kalau ikut yang saya pernah baca & kalau saya tak salah paham la.
tapi penyerang pun kurang siuman katanya so maybe bukan kena upah bagai pun.
tu la bila duk ikut kes ni lagi rasa nak tau macam macam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 14-3-2023 12:33 AM
Agak2 ada kaitan dgn vvip ke ye

Aku tak berani nk komen byk kes ni sb semacam je. Takut. Aku doa dua dua tu dilindungi Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 06:05 AM From the mobile phone | Show all posts
dinmur01 replied at 14-3-2023 12:05 AM
Geng kongsi ke? Kalau betul dia boleh cari la yg pukul kamal tu geng mana.boleh sembang pjg apa mo ...

Itu la sebab berani
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuning nya rambut haron. Dah mcm kaler megi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Setia hujung  nyawa tu nelly la pelakon..buka ukasha...pehhh bodo gak wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak adakah warga Singapura yang kenal dengan penyerang tersebut? Saudara mara atau sahabat handai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 10:14 AM | Show all posts
takde ke gambar penyerang?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2023 10:25 AM | Show all posts
bang haron dah lama tak belanjerrrr video work out sambil pakai seluar pendek lusuh tak pakai spender tarik sampai pangkal telor labuh tu ye....busy agaknya.. harap-harap ada video baru ye.. ehehehehe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067296 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list