View: 16958|Reply: 15
|
Kahwin diri sendiri, sehari dah nak cerai
[Copy link]
|
|
Kahwin diri sendiri, sehari dah nak cerai
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm11kawin_1678503031.jpg)
Sofi Maure. FOTO Agensi
Madrid: Tidak sampai 24 jam berkahwin dengan diri sendiri, seorang pempengaruh media sosial mengumumkan akan bercerai.
Sofi Maure, 25, mengumumkan mengahwini diri sendiri dengan memuat naik gambar swafoto memakai gaun pengantin putih dan tiara emas pada Februari lalu.
Wanita yang mempunyai 500,000 pengikut di Instagram dan Twitter menyiarkan gambar bersama hantaran yang mendakwa mengikat janji dengan dirinya sendiri, malah turut mengatakan membuat kek perkahwinannya sendiri untuk majlis istimewa itu.
Menerusi hantarannya itu, dia memberitahu "hari ini dalam detik paling mengarut dalam hidup, saya membeli gaun pengantin dan membuat kek perkahwinan untuk berkahwin dengan diri saya sendiri."
Hantarannya itu mencetuskan perdebatan orang ramai yang menggunakan bahasa ibunda Sofi, Sepanyol.
Ada yang menyokong wanita itu kerana menunjukkan kepentingan cinta kepada diri sendiri, tetapi tidak kurang juga yang mendakwa tindakannya hanya untuk mendapatkan perhatian.
Meskipun kebanyakan pengikut menyokong keputusan perkahwinan yang didakwa Sofi itu, namun cinta yang dia miliki untuk dirinya sendiri tidak berkekalan.
Hanya sehari kemudian pada 20 Februari, Sofi kembali ke media sosial mengisytiharkan akan bercerai.
Menerusi kemaskini di media sosial, dia tidak tahan lagi dan kemungkinan mempertimbangkan untuk penceraian berlaku.
Pada catatan kedua, pengikutnya membuat jenaka mengenai situasi itu supaya dia mendapatkan peguam yang baik untuk perbicaraan penceraian.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... tm_medium=mestibaca
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab baru sedar cuma ada satu alat kelamin kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus sebenarnya konten. satu dunia kenal dia ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 12-3-2023 07:28 AM
Sebab baru sedar cuma ada satu alat kelamin kan?
If only dia ada contact greentea, legit supplier of DIY toys.....dijamin keberkesanan or your money back |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita Kahwin Dengan Diri Sendiri, Bercerai Selepas Sehari
BUENOS AIRES – Seorang pesohor media sosial dari Argentina yang mendakwa berkahwin dengan diri sendiri membuat keputusan untuk ‘bercerai’ dalam tempoh hanya 24 jam, lapor laman berita India Times kelmarin.
Sofi Maure pada Februari lalu mengumumkan perkahwinan tersebut di laman sosial dan memuat naik gambar dia memakai gaun pengantin.
Wanita berusia 25 tahun dan mempunyai lebih 500,000 pengikut di laman Instagram dan Twitter itu berkata, dia telah membeli gaun pengantin dan menghasilkan kek perkahwinan sebagai menyambut hari bersejarah itu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202303/13/184226zotgd4dd4rzt4gwt.png) Foto: Twitter
Bagaimanapun, 24 jam kemudian, Sofi membuat keputusan untuk ‘bercerai’ dengan dirinya selepas sehari menjalani ‘perkahwinan’ bersama diri sendiri.
“Terkini: Sehari selepas mengahwini diri sendiri, saya sudah tidak tahan lagi. Saya melihat perceraian mungkin berlaku,” katanya di media sosial.
Pengakuan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen dengan ada menyokong tindakan Sofi namun, sebilangan mereka menganggap wanita itu sekadar laparkan perhatian.
Mereka turut mereka meminta Sofi supaya berjumpa pakar bagi merawat masalah kesihatan mental yang dialamimya.
“Anda sendiri tidak tahan dengan sikap sendiri,” kata seorang netizen.
“Semuanya demi meraih perhatian,” kata seorang pengguna media sosial lain. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
X kan la x de lelaki nk..kalau muka mcm ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Muka cantik takkan takde siapa nak. iols rasa she yang memilih sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dia nak test hadap perangai sendiri dulu dgn kawen diri sendiri. Sekali dah kawen, dah nampak boleh tahan teruk perangai sendiri lepas kawen, so dia taknak la mana² laki hadap perangai buruk dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|