CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2770|Reply: 0

[Sabah] Kadar Zakat Fitrah Di Sabah Kekal RM7 – MUIS

[Copy link]
Post time 13-3-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU : Zakat fitrah di Sabah tahun ini kekal pada kadar RM7 ditetapkan untuk setiap umat Islam di negeri ini, kata Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Datuk Seri Yahya Hussin.

Beliau berkata kadar berkenaan ditetapkan berasaskan sukatan satu gantang Baghdad atau 2.7 kilogram beras yang digunakan majoriti penduduk di Negeri di Bawah Bayu itu.

“Seramai 39 orang Penyelaras Wakil Amir dan 2,200 wakil amil dilantik MUIS bagi menyelaras serta mengutip zakat fitrah sepanjang Ramadan pada tahun ini. Mereka akan dibekalkan dengan kad kuasa bagi mengelak kejadian mengeluarkan zakat fitrah kepada pihak tidak bertanggungjawab.

“Ramadan tahun ini juga MUIS memperuntukkan sebanyak RM17.25 juta untuk diagihkan kepada asnaf miskin, miskin dan mualaf,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya, MUIS juga menyasarkan kutipan zakat fitrah tahun ini sebanyak RM11.44 juta, dengan pada tahun lepas sebanyak RM10.93 juta zakat fitrah berjaya dikutip membabitkan 1.56 juta orang pembayar. – BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.060576 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list