CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2812|Reply: 1

[Sabah] Kanak-kanak lelaki dibunuh kejam penagih dadah

  [Copy link]
Post time 13-3-2023 12:25 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Suspek berjaya ditangkap pihak polis hasil maklumat orang awam.

LAHAD DATU: Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan tangannya diikat dipercayai dibunuh di kawasan semak di Kampung Panji di sini, semalam.

Mangsa berumur tiga tahun ditemukan oleh ibunya kira-kira jam 3 petang sebelum meminta orang awam untuk membuat laporan polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Azmir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan penemuan mayat mangsa pada 4.56 petang.

Katanya, bertindak atas maklumat awam, seorang lelaki warga asing berumur 30an berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

“Tangkapan ini adalah individu yang dilihat terakhir bersama mangsa dan suspek juga didapati positif dadah, selain dipercayai kurang siuman.

“Turut ditahan kedua ibu bapa mangsa berumur 20an dan 30an yang juga merupakan warga asing,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal, mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk bermain dan didapati tidak balik sehingga mayatnya ditemukan.

“Ketika ditemukan mangsa mengalami kecederaan kesan luka di bahagian kepala, kedua belah tangan dan kaki sebelah kiri, selain, tangan sebelah kanan mangsa turut diikat menggunakan seutas tali.

“Mangsa terakhir dilihat jam 12.00 tengah hari dan ibu mangsa berusaha mencari di sekitar kampung, sebelum mayatnya ditemukan kira-kira 3.00 petang,” katanya.

Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tangan terikat di sebelah kanan, kepala mangsa turut tersepit di antara dua belah pokok.

Azmir berkata, suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan yang jika disabitkan hukuman adalah gantung sampai mati.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2023 12:28 PM | Show all posts


Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun daripada suku Palauh ditemui mati di Kampung Panji. Foto Tular Di Media Sosial
LAHAD DATU : Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai dibunuh selepas ditemui dalam keadaan tangan diikat di kawasan semak di Kampung Panji di sini, semalam.
Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan berdarah dan kepalanya turut tersepit pada pokok.


Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu pada 3.50 petang semalam, sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dikejarkan ke lokasi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa daripada suku Palauh mengalami kecederaan iaitu luka di bahagian kepala, kedua belah tangan dan kaki kiri.

“Tangan sebelah kanan mangsa turut diikat menggunakan seutas tali. Kepala mangsa turut tersepit di antara dua pokok dan dipercayai dicederakan dengan benda tajam.

“Turut ditemui kesan torehan di kedua-dua belah tangan dan kaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmir berkata, siasatan awal, ibu mangsa yang berusia lingkungan 20 tahun mendakwa mangsa keluar rumah untuk bermain, namun tidak pulang sehingga mayatnya ditemui.

“Mangsa kali terakhir dilihat pada 12 tengah hari semalam dan ibu mangsa telah berusaha mencari di sekitar kampung sebelum dimaklumkan anaknya ditemui di kawasan semak kampung itu pada 3 petang,” katanya.

Menurutnya, susulan laporan, lelaki warga asing lingkungan 30-an ditahan untuk siasatan lanjut, selepas kali terakhir dilihat bersama mangsa.

“Suspek juga didapati positif dadah serta dipercayai kurang siuman. Kita juga menahan ibu bapa mangsa untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan tidak menularkan maklumat yang tidak sahih sumbernya dan sentiasa merujuk polis. – HMetro


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057832 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list