CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2504|Reply: 0

[Sarawak] Panel solar terapung akan dipasang di semua empangan hidroelektrik di Sarawak: Dr Hazland

[Copy link]
Post time 13-3-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode


Dr Hazland (kanan) melaksanakan simbolik perasmian Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Masyarakat MBKS, hari ini.

KUCHING: Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESTy) Dr Hazland Abang Hipni berkata panel solar terapung akan dipasang di semua empangan hidroelektrik di Sarawak.

Menurutnya, ia berikutan Sarawak kini merupakan pemain utama dan terbesar bagi tenaga boleh diperbaharui atau tenaga hijau di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

"Kita akan memasang 'forte' (panel) solar terapung ini di tasik empangan hidro Bakun, Batang Ai dan lain-lain.

"Batang Ai telah kita mulakan sebanyak 50 megawatt, di Bakun kita boleh memasang 'forte' solar yang lebih besar lagi kerana empangan Bakun mempunyai keluasan kawasan yang sebesar negara Singapura.

"Kita boleh bayangkan berapa banyak tenaga solar dan tenaga boleh diperbaharui daripada 'forte' solar ini," ujarnya ketika merasmikan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Masyarakat MBKS, hari ini.

Turut hadir Pengarah JAS Sarawak Hamzah Mohamad.

Dr Hazland berkata, Sarawak juga mempelopori industri hidrogen yang berasal daripada air sebagai tenaga pemacu elektron yang menghasilkan elektrik bagi sistem pengangkutan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan dua kilang hidrogen akan dibina di Samalaju masing-masing oleh syarikat Korea dan Jepun.

Beliau juga berkata, Sarawak berupaya memiliki pengawalan dan penyimpanan karbonnya sendiri di dasar laut.

Ini kerana lokasi stategik Sarawak yang berada di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik serta selamat untuk penstoran industri karbon dan sumber manusia, sekali gus menjadi sumber pendapatan rakyat pada masa hadapan.

Beliau turut meluahkan rasa gembira apabila lebih 1,000 Rakan Alam Sekitar telah ditubuhkan di seluruh Sarawak dan menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan.

Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun sejak tahun 1970 untuk memupuk rasa sayang dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.063566 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list