CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2264|Reply: 0

[Sarawak] Jom sertai Cabaran Memancing Kolam, 19 Mac

[Copy link]
Post time 13-3-2023 12:18 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Kolam Pancing Muhibbah mempelawa kaki pancing sekitar Miri termasuk dari Brunei Darussalam menyertai Cabaran Memancing Kolam, 19 Mac ini.

Penganjurnya, Khaidir Mohd Tahir berkata pihaknya menyasarkan seramai 270 pemancing menyertai pertandingan itu dan sehingga kini seramai 250 pemancing sudah mengesahkan penyertaan.

"Berbaki seminggu lagi, kita masih membuka penyertaan kepada kaki pancing dan tarikh tutup dilanjutkan sehingga jam 9 pagi, pada 19 Mac ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, pemancing dari Bintulu, Sibu, Miri dan Brunei Darussalam sudah mengesahkan penyertaan mereka dan peluang masih dibuka kepada pemancing-pemancing lain sehingga 19 Mac ini.

Khaidir berkata, pihaknya kerap menganjurkan pertandingan memancing sejak 2019 bagi memberi pengalaman baharu kepada pemancing-pemancing menaikkan ikan dalam kolam.

"Pemancing bertuah berjaya menaikkan ikan terberat bakal membawa hadiah lumayan wang tunai RM5,000.

"Naib juara dan tempat ketiga menerima wang tunai RM1,500 dan RM500 sementara pemenang tempat keempat RM300 manakala pemenang kelima hingga ke-40 menerima RM130," jelasnya.

Menurutnya, yuran penyertaan dikenakan hanya RM80 sebatang joran, paling menarik rata-rata ikan dalam kolam iaitu ikan keli Afrika, patin dan pacu seberat antara dua kilogram sehingga lapan kilogram.

"Kira-kira tiga tan ikan sudah ada dalam kolam tersebut sedia dinaikkan, terpulang kepada rezeki pemancing jika bertuah mereka bakal membawa pulang hadiah lumayan," katanya.

Pihaknya juga menganjurkan kategori khas iaitu Keli Teringan Dua Kilogram, Patin Terberat, Keli Teringan Tiga Kilogram dan Pacu Terawal. Semua pemenang kategori itu masing-masing menerima RM100.

Menurutnya, lokasi pertandingan adalah di Kampung Muhibbah, Ladang Tiga Kuala Baram dan mana-mana pemancing yang belum mengetahui lokasi boleh menghubunginya untuk dikongsi lokasi tapak dalam aplikasi WhatsApps.

Sebarang keterangan lanjut atau mereka yang ingin menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Khaidir Mohd Tahir di talian 014-8769670.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058556 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list