CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2153|Reply: 0

[Sarawak] Festival Glamping Belia Bandar Kuching tawar peluang untuk promosikan keusahawanan

[Copy link]
Post time 13-3-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode


Ripin (kanan) melawat pameran peralatan perkhemahan yang diadakan sebagai sebahagian daripada festival malam tadi.

KUCHING: Festival Glamping Belia Bandar Kuching menawarkan peluang untuk mempromosikan keusahawanan dalam kalangan belia untuk menjadi pencipta pekerjaan pada masa depan, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat.

Ripin berkata, festival perkhemahan luar dan pameran peralatan dua hari di atas bumbung AEON Mall di sini sehingga Ahad telah menarik minat ramai belia untuk membuka gerai menjual makanan, minuman dan peralatan perkhemahan.

“Hari ini kita dapat melihat kreativiti dan inovasi dalam kalangan usahawan belia untuk memasarkan produk mereka pada festival ini.  

“Pihak kementerian amat gembira melihat program sebegini dianjurkan untuk golongan belia,” katanya selepas melawat festival itu malam tadi.

Ripin berkata, kementerian akan menyokong program seumpama itu diadakan pada skala yang lebih besar di seluruh negeri pada masa akan datang dengan menyediakan geran atau kemudahan kewangan.

Beliau juga berkata, festival itu akan melengkapkan usaha pelancongan yang sedang dijalankan kerajaan negeri sama ada di peringkat domestik atau nasional.

'Glamping' adalah gabungan dua perkataan iaitu 'glamourous' dan 'camping' untuk menggambarkan 'berkhemah dengan gaya' berbanding persediaan perkhemahan tradisional.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053307 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list