CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5972|Reply: 0

Quartararo gusar prestasi Yamaha

[Copy link]
Post time 12-3-2023 01:25 PM | Show all posts |Read mode

AKSI Quartararo pada sesi ujian pramusim di Portimao, semalam. FOTO EPA

Portimao: Yamaha bergelut dengan masalah tayar baharu sekali gus menyukarkan Fabio Quartararo pada hari pertama sesi ujian pramusim MotoGP terakhir di Portimao.

Masalah itu menyebabkan Quartararo yang juga juara dunia 2021 tidak terlalu memikirkan soal kepantasan jenteranya, kelebihan yang ada pada jentera M1 sejak kebelakangan ini.

Walaupun kelajuannya enjin baharu tidak dapat menandingi Ducati ketika sesi ujian di Sepang, kebimbangan yang menjadi keutamaan pelumba Perancis itu adalah kekurangan kemajuan dalam menyelesaikan masalah tayar baharu.

"Ketika ini kami berdepan masalah lebih besar berbanding kelajuan," katanya.

Quartararo sendiri tidak jelas dan sukar mengetahui punca kepada masalah jenteranya dengan tayar baharu.

"Ia bukan setakat ketika brek, saya juga berdepan kesukaran ketika di selekoh, masalah kestabilan dan keluar dari selekoh.

"Kebiasaannya pada masa lalu apabila saya mengunakan tayar baharu, ia lebih laju di mana-mana tempat. Jadi sukar untuk memahami masalah sekarang," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sar-prestasi-yamaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.111040 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list