Saya restu isteri jadi pencelah, saksi – Yusof Haslam
PETALING JAYA – Berpihak kepada yang benar, Datuk Yusof Haslam menyokong keinginan isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi dalam kes injuksi terhadap isteri kedua anaknya, Ira Kazar yang didakwa melanggar perintah mahkamah.
Kata penerbit filem itu, sebagai individu paling dekat dengan menantu pertamanya, Puteri Sarah selain melihat sendiri situasi rumah tangga insan disayangi mereka, Yusof yakin isterinya punya alasan kukuh untuk berbuat demikian.
“Isteri saya telah beritahu dan meminta keizinan untuk beri keterangan selaku pencelah bagi kes tuntutan yang dikemukakan Sarah kepada pihak ketiga.
“Saya akur dengan kehendaknya kerana dia lebih tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Sarah dan Syamsul, tambahan pula dia yang berada di rumah sepanjang tempoh itu.
“Kami bukan mahu menyebelahi sesiapa tetapi andai anak kami terkhilaf, tentu kami berpihak kepada yang benar. Salah tetap salah, sekali pun darah daging sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.
Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan ibu Syamsul sedia menjadi pencelah dan saksi bagi pihaknya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 7 Mac lalu.
Perkara itu susulan Syamsul memfailkan permohonan di mahkamah untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi antara aktres itu yang juga isteri pertamanya dan isteri keduanya, Faghira Fatini atau Ira Kazar, 27.
Permohonan difailkan melalui peguam Azahir Nasir daripada Tetuan Azahir Surianie & Azizan Ariff yang mewakili pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu pada 21 Februari lalu.
Sementara itu, berhubung dakwaan Syamsul memukul isterinya, sutradara prolifik itu cuma mahu menyerahkan semuanya kepada pihak yang berkenaan.
Enggan mengulas Kes yang sudah memasuki peringkat mahkamah, Yusof hanya berharap tiada kaum Adam tergamak ‘meletak’ tangan kepada mana-mana wanita.
“Saya tak boleh ulas lanjut. Dua-dua saya sayang, itu anak, ini menantu. Cuma doa yang mampu saya bersama isteri tadahkan semoga semua ini berakhir dengan baik.
“Percayalah tiada ibu bapa yang mahu melihat rumah tangga anak-anaknya berantakan. Tidak mungkin ada,” katanya lagi.
Beberapa hari lalu ibu Syamsul mencuri perhatian ramai apabila memuat naik hantaran di InstaStory memaparkan gambar anaknya di muka depan sebuah akhbar dengan titipan ayat menyentuh hati.
Dalam hantaran itu, Patimah meminta anaknya pulang ke pangkal jalan dengan lagu Rapuh nyanyian asal penyanyi Indonesia, Opick sebagai latar.
“Hidupmu hampir hancur! Pulanglah ke pangkal jalan. Sudah jauh tersesat. Pintu kami sentiasa terbuka untukmu. Allah juga Maha Pengampun,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE
Post time 11-3-2023 09:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols dulu pernah ckp bertuah atok usop ada ank penyambung legasi. Jarang dua generasi boleh berjaya dlm bidang yg sama. SEkali sol palit taik kaw2punya. Kesian parents bersedesih demi sebuah burit
Post time 11-3-2023 09:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
saya puji tok sop dgn tinfat...mertua yang sangat baik...beruntungnya sara...sy doakan moga hubungan dan kasih sayang diorg kekal sampai bila2 walaupun dh bercerai dgn sol...
Post time 11-3-2023 10:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
lazim replied at 11-3-2023 09:37 PM
Iols dulu pernah ckp bertuah atok usop ada ank penyambung legasi. Jarang dua generasi boleh berjaya ...
Mungkin atas kerana “terlebih sayang sgt kat sol” ni lah maka mereka bertindak begitu.. in away depa x buat method org dolo2 “kalu sayang anak , tangan2 kan..” rase bersalah lah mungkin kat menantu , kerana didikan depa juga kan anak jd hantu?
Post time 12-3-2023 12:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sol ni nmpk trlalu ditatang sgt dlm family. Plg spoiled kalo nk dbanding dgn adik dia yg pngarah juga tu. Tu dh besar jd langsi…kalo dia xda isu cerai ni pn acik mmg xbkenan dgn gaya pmbawakan diri dia dr dlu lg
Post time 12-3-2023 12:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols nampak tok n tin ni rela buat ape saja utk dptkan balik sol. Pd hemat dorg, sol ni dh betul2 lupa keluarga n mmg hadap yg belah sana je. Dorg bleh kot accept kejatuhan sol sbb kes ni tp dorg pun dh ready utk support dan terima sol balik asalkan sol kembali. Ni pendapat aku la
Post time 12-3-2023 12:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sol pun dh takmo smbung legacy cmpany bapk dia. Dia now bergerak atas sykt dia sendiri je kan. Aku rasa adik beradik sol pun dh menyampah ngn perangai hanat sol.
Post time 12-3-2023 01:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by QueenIsolde at 12-3-2023 01:50 AM
Wpon ada segelintir org duk kata PS ni asik meroyan itu ini, tpi PS flip hair je sbb dia dpt support kuat drpd org2 yg penting dlm kehidupan dia dan samdol. PS betul2 bertuah sbb ada mentua yg balas setiap taIk yg anak deols buat dgn cara menangkan dan senangkan sarah. Toksop dan tinfat lebih pada nk counter back apa yg samdol buat smpai heols sdiri lelah dan finally balik kpd kuarga dan sarah.
Post time 12-3-2023 02:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu kalau masa dia pukul diana tok gn datin ambil tindakan mesti sol tak jadi spoiled brat. Tapi sebab sayang anak now kawin jadi macam ni pula. So sayang anak tangan tangankan