CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15317|Reply: 50

Nurul Shuhada respon permohonan maaf secara terbuka yang dituntut oleh Hafidz Roshdi

[Copy link]
Post time 11-3-2023 08:47 PM | Show all posts |Read mode
'Saya cuba jadi isteri sehabis baik tapi semuanya sia-sia' - Nurul Shuhada


HAFIDZ bersama Nurul Shuhada ketika saat bahagia.


Kuala Lumpur: Selepas pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Nurul Shuhada Mohd Shukri, 29, isterinya itu turut membuat hantaran balas di Instagram dengan mengingatkan Hafidz mengenai kejadian ditumbuk, baru-baru ini.

Dalam hantarannya, Nurul Shuhada berkata, kenyataan yang dibuat sebelum ini kerana dirinya tidak mengetahui kedudukan dari segi undang-undang.

Menurutnya, selepas kejadian 2 Mac itu berlaku, dia sudah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa untuk tidak mengupas isu itu.

"Segala tindakan yang dibuat semuanya berdasarkan saluran undang-undang termasuklah tuntutan sivil. Apa yang dilakukan adalah untuk melindungi diri dan juga anak-anak," katanya.

Bagaimanapun, kata Nurul Shuhada, dia bersetuju dengan apa yang dikatakan Hafidz bahawa dia memang ada kelemahan dalam perkahwinan mereka.

"Saya juga sudah mencuba sehabis baik untuk menjadi isteri kepadanya termasuklah hasrat menyambung pelajaran.

"Saya juga sedar bahawa perkahwinan kami memang banyak ujian tetapi saya memilih untuk mendiamkan diri dan setia menyokong kerjaya seninya," katanya.

Nurul Shuhada berkata, pengorbanan yang dibuat selama ini seakan sia-sia apabila dia diuji dengan kehadiran orang ketiga yang mengubah kehidupannya dan anak-anak.

Menurutnya, dia berasa dikhianati Hafidz apabila apa yang berlaku tanpa pengetahuannya diketahui keluarga suami termasuklah kisah Hafidz dengan wanita terbabit.

"Pada awalnya, saya juga seperti wanita biasa yang dikhianati apabila marah, geram, kecewa dan keliru dengan apa yang jadi. Lebih-lebih lagi memikirkan nasib diri.

"Namun, cuba untuk bertenang dan memberi peluang berbincang sebaiknya sehinggalah saya menerima penganiayaan yang kejam dengan 10 jahitan di muka," katanya.

Katanya, dia sama sekali tidak minta untuk diadili, tetap berharap agar kisah yang berlaku dalam hidupnya tidak terjadi kepada orang lain.

"Saya akan mengambil tindakan di atas apa yang berlaku termasuklah kecederaan yang dialami tempoh hari. Saya juga hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT kerana Dialah yang lebih mengetahui dan mengadili segala yang berlaku," katanya.

Terdahulu, Hafidz menulis surat terbuka kepada Nurul Shuhada yang dimuat naik di Instagram dengan mendakwa isterinya itu mencanang fitnah kepada dirinya dan keluarga sehingga mengaibkan mereka.

Dia juga memberikan tempoh 48 jam untuk Nurul Shuhada membuat permohonan maaf sebelum dia sendiri mengambil tindakan terhadap isu terbabit.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... a-sia-nurul-shuhada

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2023 08:50 PM | Show all posts
alahai sedihnya.... dasar jantan taguna!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2023 08:50 PM | Show all posts
Nurul Shuhada balas surat terbuka Hafidz


Nurul Shuhada mempertahankan tindakan bersuara dalam media sosial atas kemelut rumah tangga dihadapi berpunca daripada kepercayaan yang didakwa sudah dikhianati. Foto IG Nurul Shuhada



KUALA LUMPUR: Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mempertahankan tindakan bersuara dalam media sosial atas kemelut rumah tangga dihadapi berpunca daripada kepercayaan yang didakwa sudah dikhianati.

Melalui kenyataan balas terhadap surat terbuka yang dimuat naik Hafidz di Instagram (IG) hari ini, Nurul Shuhada antara lain, tidak menafikan dalam perkahwinan ada kelemahan.

Bagaimanapun, Nurul Shuhada mendakwa, dia sudah memberi yang terbaik dalam kehidupan rumah tangga.

"Benarlah bagai kata Hafidz bahawa dalam perkahwinan, ada kelemahan masing-masing. Harmoninya rumah tangga itu jika sama-sama kita sebagai pasangan melengkapi antara satu sama yang lain.

"Saya sudah cuba sehabis baik. Sejak mula berkahwin, saya sudah melupakan masa depan saya untuk sambung belajar walaupun peluang sudah diberi.

"Saya sudah memutuskan untuk memberi perhatian menjadi isteri dan ibu sepenuh masa. Saya menjadi isteri Hafidz yang sentiasa menyokongnya dalam karier walaupun kadang kala sejak perkahwinan kami diuji dengan pelbagai ujian.

"Saya berdiam diri... Masih tetap setia saya bersama. Namun, baru-baru ini, saya sudah diuji dengan ujian yang sangat berat.

"Ujian yang bukan mudah untuk kami wanita hadapi. Ujian yang bakal mengubah kehidupan saya dan anak-anak. Bukan mudah berada dalam situasi ini. Bukan semua juga dapat menghadapinya.

"Saya tidak lagi boleh berdiam. Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya," dakwanya melalui kenyataan dimuat naik di IG.

Nurul Shuhada berkata, luahan yang dimuat naik rentetan surat terbuka Hafidz itu dibuat bagi melindungi diri dan dua anak mereka.

"Saya membalas melalui media sosial kerana kenyataan dinyatakan juga melalui media sosial. Sebelum ini, kenyataan yang saya muat naik dalam media sosial tanpa mengetahui mengenai kedudukan undang-undang.

"Selepas berlaku insiden pada 2 Mac lalu yang masih dalam siasatan polis, saya sudah mendapatkan nasihat undang-undang.

"Atas nasihat peguam saya, saya tidak akan mengupas lanjut mengenai kenyataannya satu persatu. Segala tindakan selepas ini akan melalui saluran undang-undang termasuk tuntutan sivil.

"Cuma saya memuat naik kenyataan ini kerana demi melindungi saya dan anak-anak saya," katanya.

Terdahulu, Hafidz memberi tempoh 48 jam Nurul Shuhada dan pihak berkaitan membuat permohonan maaf serta menarik balik sebarang penerbitan umum termasuk foto keluarga yang berkait dengan isu rumah tangganya.

Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat dalam laman media sosial susulan dakwaan isu curang.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... urat-terbuka-hafidz

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2023 08:55 PM | Show all posts
sebelum ini




HAFIZD mendakwa ada antara kenyataan yang dikeluarkan Shuhada sebagai fitnah melampau.

Fitnah melampau, Hafidz Roshdi bagi Nurul Shuhada 48 jam mohon maaf

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 11-3-2023 08:50 PM
Nurul Shuhada balas surat terbuka Hafidz



Sebab tu la mak i suh anak2 dia esp yg pompuan ni belajar pepandai, buat utk diri sendiri bukan utk mak i. Biar nanti org xpijak2 kita org perempuan ni. Tgk cara si syuni handle masalah. Bagi i bagus sgt. Walaupun dia housewife tapi dia graduate u.

Mak i ni suri rumah, walaupun dia pelajar pintar tapi dia xda peluang nak sambung belajar. So as housewife selalu la disisih segelintir career women yg ada, adik2 ipar dia suka pandang rendah. Tu sebab mak i selali pesan soh belajar pepandai jgn bagi org buli kita
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 11-3-2023 08:55 PM
sebelum ini



Dia kabo x bahagian mana yg fitnah tu? Aku pun teringin nak tau.. coz sometimes manusia ni.. dia terlajak kata..smpai kata2 dia tu berbentuk fitnah.. tanpa dia sedar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2023 09:04 PM | Show all posts
bukan memakan diri ke? dah aniaya anak orang lepas tu mntk lagi permohonan maaf?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 09:05 PM | Show all posts
mcm dah kena buli lak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2023 09:14 PM | Show all posts
Balas Surat Terbuka Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Dedah Suami Kahwin Senyap-Senyap?


Selepas beberapa jam Hafidz Roshdi memuat naik surat terbuka untuk isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di akaun Instagramnya.

Shuhada pula tampil membalas kenyataan Hafidz dengan menyatakan bahawa dia sebelum ini tidak mengetahui tentang kedudukan undang-undang ketika memuat naik kenyataan di media sosial.

Malah, Shuhada menjelaskan bahawa kini dia tidak akan mengupas sebarang kenyataan kerana telah mendapat nasihat daripada peguamnya.




Dia juga mengakui bahawa dirinya turut mempunyai kelemahan sepanjangan berumah tangga dengan pelakon itu

Namun, dia masih berdiam diri dan tetap setia dengan Hafidz walaupun ketika diuji dengan ujian rumah tangga yang berat.




Tegas Shuhada, dia tidak boleh berdiam diri apabila dirinya rasa dikhianati malah mendedahkan bahawa keluarga mentuanya membenarkan Hafidz untuk berkahwin lagi tanpa izin isteri.


Bukan itu sahaja, Shuhada turut menyatakan bahawa dia juga akan mengambil tindakan undang-undang termasuk kecederaan yang dialaminya.


Terdahulu, Hafidz memuat naik hantaran berupa surat terbuka untuk Shuhada dan mendakwa bahawa bekas isterinya itu memberi kenyataan berbaur fitnah.

Sumber:https://www.xtra.com.my/hiburan/ ... hwin-senyap-senyap/

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
curious pulak i part shu cakap masa dia bagi peluang utk berbincang tu dia dapat tahu tentang sesuatu yg wanita tak kuat utk hadapi. baru dpt tahu dah kahwin senyap2 ke dpt tahu pregnant? alaahhh sedihhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 09:28 PM | Show all posts
Hafidz Roshdi & Shuhada Saling Balas Surat Terbuka, Athira Yuhada Tanya, ‘Dah Solat Ke?’



Menjelang hari Hafidz Roshdi bakal didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu, pada Isnin ini, pelakon itu memilih untuk melayangkan surat terbuka kepada isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri di Instagram (IG).

Tidak mendiamkan diri, Shuhada dilihat mempertahankan dengan menegaskan kemelut rumah tangga mereka berpunca daripada kepercayaan yang didakwa sudah dikhianati.

Dah solat?


Tidak ketinggalan, wanita yang didakwa sebagai penyondol iaitu Athira Yuhada turut memuat naik entri di akaun miliknya.

Dengan kapsyen ringkas, Athira bertanya sama ada warganet sudah menunaikan solat maghrib?

Menerusi perkongsian tersebut, Athira dilihat memakai telekung berwarna putih yang bersulam biru, duduk di atas sejadah ‘maroon’ serta terdapat senaskah Al-Quran.

Hantaran tersebut turut menggunakan lagu ‘Roses Are Red’ nyanyian asal John Caryl sebagai muzik latar.

Sebelum ini, Shuhada mendakwa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Gara-gara perbuatan itu, Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.

Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.

Pada 23 Februari lalu, Hafidz kemudian menceraikan Shuhada dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.

Sumber: Instagram
https://ohbulan.com

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling x bkenan org amik gmbar pakai telekung...atas sejadah..
Ibadah kn antara ko dgn Allah
Knape nk tunjuk2 kt org...nk tunjuk ko baik ke
Dasar penunggang agama
Sori la ati aku itam skit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2023 05:29 AM | Show all posts
entah la dekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 11-3-2023 10:50 PM
Aku paling x bkenan org amik gmbar pakai telekung...atas sejadah..
Ibadah kn antara ko dgn Allah
Kna ...

Amik gambar ngn pakaian solat tak membuktikan dia solat
Itu sesapa pun blh buat pi pakai telekung, duk atas sejadah buh muqaddam kat tepi pastu amik gambo.

Lain la ko wat live solat mcm solat jemaat kat mesjid negara tu

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 06:54 AM | Show all posts
berbalas surat pulak... aku sarankan syuhada balas dgn pantun je... baru dia hilang akal
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jejarihalus at 12-3-2023 07:07 AM

Shu antara best student masa kat MSU,dpt sambung belajar kat USM...tapi dek kerana cinta sanggup tolak tawaran utk kahwin dengan lahanat ni...bagi aku perempuan mesti kena kerja,tidaklah dipandang Hina oleh lelaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2023 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Cian shu dpt jantan n in law dari neraka... Pakej dpt ex madu persis iblis...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 07:57 AM | Show all posts
jejarihalus replied at 12-3-2023 07:06 AM
Shu antara best student masa kat MSU,dpt sambung belajar kat USM...tapi dek kerana cinta sanggup tol ...

sedih dan rugi

kenapalah dia cinta mati sgt kat si HR mental ni masa tu

tu lah masaalah bila pompuan tak sayangi diri
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 over dan buat aku nyampah saling berbalas surat gini..mmg semua nak kasik exposed ker
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2023 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
shu ckp membenarkan je.. bknnye hafidz tu dh kahwin satu lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.446963 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list