CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1856|Reply: 0

[Sarawak] Cadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman dilihat tidak wajar: SBEU

[Copy link]
Post time 10-3-2023 10:31 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Cadangan kerajaan untuk membenarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan sebagai cagaran pinjaman bukan satu cadangan yang baik.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kesatuan Pekerja  Bank Sarawak (SBEU) Andrew Lo (gambar) dalam kenyataan hari ini berkata, di bawah Akta KWSP simpanan pencarum dilindungi daripada kebankrapan.  

"Justeru, apa yang akan berlaku jika peminjam gagal membayar pinjaman mereka dan adakah bank mahu memberi pinjaman dengan cagaran sedemikian?" soalnya.

"Memandangkan skim ini adalah untuk mereka yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman, terdapat risiko tinggi mereka lalai dan kedua bank akan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada dividen KWSP.

"Jadi pencarum akan terus melihat kedudukan kewangan keseluruhan mereka bertambah buruk.

"Ia juga akan meningkatkan tahap keberhutangan yang telah mencapai tahap yang membimbangkan," katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Parlimen pada Khamis berkata, kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Kaedah itu menurut Anwar, boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang 'terdesak' untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Anwar yang juga Menteri Kewangan juga berkata, pihaknya menyifatkan kaedah KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan jaminan cagaran bank, adalah yang terbaik.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.053218 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list