CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6272|Reply: 42

[Politik] Skandal Jana Wibawa: Ada syarikat Cina dibumiputerakan - PM

  [Copy link]
Post time 10-3-2023 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 10-3-2023 09:10 AM

Skandal Jana Wibawa: Ada syarikat Cina dibumiputerakan, kata PM
Isabelle Leong
Diterbitkan:  Mar 9, 2023 11:19 PM



PARLIMEN | Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebuah syarikat milik Cina menyamar sebagai firma bumiputera untuk menyertai program Jana Wibawa.

Ini, kata Anwar, antara banyak lagi penyelewengan yang ditemui dalam siasatan terhadap program terbabit, yang dimulakan oleh pentadbiran terdahulu khusus untuk membantu kontraktor bumiputera semasa pandemik.

"Saya tak batal, saya runding semula kerana banyak pelanggaran peraturan kewangan.

"Ada syarikat Cina yang dibumiputerakan, kerana dia (pemilik) kebetulan 'kawan baik' (pentadbiran terdahulu) di Johor.

SPRM nak semak

"Jadi itu pun nak pertahankan. Pertahankan, dipertahankan, ini projek bumiputera bagi pada Cina, tak apa?

“Peraturan kewangan apa macam ini," soal Anwar semasa ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2023.

Anwar tidak menyebut nama syarikat terbabit, tetapi kemungkinan menyasarkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang juga bekas menteri besar Johor dan kini ahli parlimen Pagoh.

Menurut Anwar, Jana Wibawa mempunyai dua fasa yang digelarnya sebagai "Jana Wibawa 1.0" (era Muhyiddin) dan "Jana Wibawa 2.0" (era Ismail Sabri Yaakob).

"Saya tak ambil kisah. SPRM nak semak, semak. Saya tak kata harus semak hanya siasat Jana Wibawa 1.0.



"Kalau dia rasa ada bukti, Jana Wibawa 2.0 di bawah Bera, dia siasat. Saya tak suruh," kata Anwar.

Ketika ini, dua tokoh Bersatu dan seorang ahli perniagaan di Pagoh telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah berkaitan Jana Wibawa.

Selain itu, Muhyiddin turut dipanggil ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk disoal siasat dan dijangka menghadapi beberapa pertuduhan di mahkamah esok.

Bagaimanapun, Anwar berkata dirinya telah difitnah dengan tuduhan bahawa dia yang mengarahkan siasatan SPRM itu.



"Saya nak beri tahu, saya tidak mahu jadi pegang jawatan ini untuk menganiaya atau menekan atau menzalim sesiapa.

"Saya tahu apa erti pendakwaan terpilih tetapi, Puchong ada, dia paham mengapa ini dicerca kita.

"Tanya penjelasan SPRM dan Peguam Negara, sepatutnya dituduh ke situ.

"Ini maknanya seolah-olah rasuah ni dipertahankan kerana dia kawan kita. Ini kaum kabilah asabiyah.

"Tengok dulu apa pertuduhan, tengok dulu bukti. Betul atau tidak rasuah, betul atau tidak fitnah," kata Anwar lagi.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 09:17 AM | Show all posts
PNyamun best..













Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan mane2 tender gov pon. Syarikat non bumi akan buat 1 lg company bumi ke.. Berlambak
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah cakap bab duit melayu dgn cina nie jadi adik beradik. Tp sesama melayu dok ckp cina nak jd tuan la, peralat la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Gitu lahhhh…
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 11:45 AM | Show all posts
felinecat replied at 10-3-2023 09:29 AM
Bukan mane2 tender gov pon. Syarikat non bumi akan buat 1 lg company bumi ke.. Berlambak

so sampai bila nak teruskan amalan cina nyamar bumiputera ni??

PM skrg nak stop amalan bodoh turun temurun ni.so kita patut sokong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2023 12:56 PM | Show all posts
tripleid replied at 10-3-2023 11:45 AM
so sampai bila nak teruskan amalan cina nyamar bumiputera ni??

PM skrg nak stop amalan bodoh turu ...

yes....ramai dok ckp open secret...open secret...benda ni dah lama jadi...so on and so forth....so kita nak biarkan berterusan sampai pak jamil mampos kah?  sebab tu la pmx ni stopkan amalan2 biasa yang dah lama jadi ni...nak perbetulkan...still pmx salah ke?

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 01:02 PM | Show all posts
berita ini akan mengecewakan penyokong PAS

mujur mereka tak pandai membaca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoiii hoiii ya hoiiii kami orang Bersatuuuuuu Prihatin Bersih Stabillllllll perghhhhhhggg!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2023 11:29 PM | Show all posts
Ingatkan Muhyiddin & PN pejuang Melayu & Bumiputera dan anti cina..

rupa-rupa nya kat belakang komplot rembat peruntukan bisnes utk bumiputera, bagi kat cina jugak.

kat depan anti DAP

munapik
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Istilah naturalisasi agak baru jugak kita dengar dikalangan pemain pemain bolasepak negara yg diserapkheun kerakyatan asal mereka menjadi rakyat malaysia...

Now we have a new one.....DiBUMIPUTRA kheun....

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 15-3-2023 07:00 AM
felinecat replied at 10-3-2023 09:29 AM
Bukan mane2 tender gov pon. Syarikat non bumi akan buat 1 lg company bumi ke.. Berlambak


Betul, kadang bos cina korang buka satu company pastu buh nama korang utk memenuhi syarat bumiputera org kata jd proxy laaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg fact pun tgk pasaraya rosyam nor sudah la. Tu kita panggil proxy. Pmx x Tau ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kantoi..

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 15-3-2023 07:25 AM
Mmg fact pun tgk pasaraya rosyam nor sudah la. Tu kita panggil proxy. Pmx x Tau ker?

Iols speku pmx acah2 wat tatau..

Pastu nnt di belakang tabir.. wallahualam.. sbb dia nak sokongan cainis jua..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 10-3-2023 01:29 AM
Bukan mane2 tender gov pon. Syarikat non bumi akan buat 1 lg company bumi ke.. Berlambak

Syarat MOF nak main tender kerajaan
Kena ada diploma yang berkaitan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2023 01:47 AM | Show all posts
Bumiputera ni mcm perkataan syariah le. Marketing .. propa je.. overused!  Konon bela rakyat.. akan tetapi…bela kroni. Proklamasi Melayu konon....


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2023 01:48 AM | Show all posts
Bumiputera ni mcm perkataan syariah le. Marketing .. propa je.. overused!  Konon bela rakyat.. akan tetapi…bela kroni. Proklamasi Melayu konon....




Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 06:24 AM | Show all posts
laa yg komen tu pun banglo berproxy. Kat Penang geng dia pun berproxy sampai 0% tanah rizab Melayu.
Papanon mcm biasala sembang babi lumpuh dah terbang & madanon minum kencing rasa americano
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 08:36 AM | Show all posts
Simpan Jurnal Dagangan: Kekalkan jurnal dagangan untuk menjejaki dagangan anda, menganalisis prestasi anda dan mengenal pasti bidang untuk penambahbaikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.076242 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list