CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5078|Reply: 22

Aziz Harun Nekad Tinggalkan Keluarga Di Brunei, Pindah Duduk KL

[Copy link]
Post time 9-3-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Aziz Harun sanggup meninggalkan keluarga di Brunei dan nekad berpindah ke Kuala Lumpur demi meneruskan kerjaya seni dan mencari peluang lebih cerah dalam bidang muzik di Malaysia.


Kata Aziz, 25, meskipun dia sudah mula membina nama di negara ini menerusi lagu Senyum sekitar tahun 2020, namun sekarang dia tidak lagi perlu berulang-alik seperti yang dilakukan sebelum ini.


Foto: IG




"Kalau dahulu selain muzik ada perkara lain yang perlu saya fokuskan termasuk menamatkan pelajaran di universiti. Sekarang sudah tidak ada alasan lagi dan sebab itu saya nekad untuk berpindah ke KL.


"Saya meletakkan diri saya sepenuhnya ke arah muzik dan sebab itu saya mengambil keputusan untuk berpindah. Keluarga pun tidak pernah melarang kerana mereka tahu ini adalah minat saya selain kurang mendapat tawaran persembahan di sana.


"Saya juga sudah ada peminat di KL. Jadi memang ada tapak di sini dengan kenalan ramai orang-orang hebat dalam muzik. Rugi kalau saya lepaskan peluang yang ada dan memulakan di tempat lain," katanya kepada mStar.




  



Mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan itu, Aziz mengakui berat hati kerana dia tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama kedua ibu bapanya.


Bagaimanapun, dia bersyukur kerana keluarga memberi sokongan penuh dan tidak pernah menghalang untuk dia memilih kerjaya dalam bidang seni.


Lebih-lebih lagi selepas dia berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan dari University of East Anglia, United Kingdom (UK) pada Oktober 2021.


  



"Keluarga tahu saya minat muzik dan mereka tidak pernah halang untuk pilih kerjaya dalam bidang ini. Tempoh belajar sebelum ini pun telah membuka mata saya untuk lebih yakin serius terlibat dengan muzik.


"Saya baru sahaja betul-betul menetap di KL awal Mac. Sebelum berpindah ke sini terdetik juga rasa berat hati memandangkan usia kedua ibu bapa semakin meningkat. Saya takut tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.


"Bagaimanapun mereka akan selalu datang ke KL. Sebelum ini pun jika saya ada kerja di KL dan menetap untuk tempoh masa lama mereka akan datang ziarah," ceritanya.




  



Sementara itu bercakap tentang lagu baharu yang merupakan nyanyian duet bersama Aisha Retno, Aziz memberitahu dia tidak berfikir panjang untuk memberi kata setuju selepas rakannya itu menghantarkan demo.


Biarpun perkenalan mereka hanya melalui sosial media, Aziz dan Aisha mudah mencipta keserasian dan hasil terbukti menerusi lagu Jarak.


"Kami mula rapat dalam tahun 2019 dan hanya berhubung menerusi media sosial. Ketika Aisha menyertai program Big Stage 2022, dia ada menghantar demo lagu tersebut dan saya terus suka selepas mendengarnya.


"Kami pertama kali bertemu ketika konsert akhir Big Stage 2022 tahun lalu. Walaupun tinggal berjauhan, kami tetap berusaha untuk siapkan lagu ini,” jelasnya.




  



Lebih istimewa lagi, lagu ciptaan bersama Aisha, Romeo dan Glowrush ini juga akan dimuatkan dalam album terbaharu Aziz berjudul Yang Benar. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2023 03:50 PM | Show all posts
I'm speechless dekk taktau nak cerca apa
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 03:52 PM | Show all posts
Dah macam pengkid keja cybercafe pulak kau rambut panjang ni dik...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 04:23 PM | Show all posts
Dia couple dengan Aisha Retno ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
macam muka kazen iol
moga bersinar senantiasa laaaa dek nonnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
@gideoncross org kampung you
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2023 07:31 PM | Show all posts
Sapekah inneh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 9-3-2023 02:50 PM
I'm speechless dekk taktau nak cerca apa

Me too. Mula2 tengok yg dia sorang. Lepas tu yg duet. Double speechless.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagu femes heols?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
eely_shana replied at 9-3-2023 08:12 PM
Apa lagu femes heols?

Senyummmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar2 kat atas tu .. muka semua sepesen.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi hesmess, iolls suka anak ikan muka cina macam ni.. bergetar ovari nakk
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 09:14 PM | Show all posts
Edited by Tapayana at 9-3-2023 09:15 PM









bukan one hit wonder punya orang
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 09:24 PM | Show all posts
dia abes stdy okt 2021? masa big stage tu bukan baru nak further study ke? cptnya habis?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 09:57 PM | Show all posts
punyalah iols x kenal smpi terpaksa google...haha

ok, lagu senyum tu mmg selalu dgr kat radio dahukala, good luck la dek oii
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Who are you dik?
Pergi kerja la dik. Musik kat msia tak ke mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2023 01:13 AM | Show all posts
weh, aku minat lagu senyum tu dulu

masa otw nak pegi keje, mesti radio pasang lagu tu. lama2 melekat dalam kepala

ape kata, dah ada duit modal tu, terus je sambung master, phd bagai
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2023 02:22 AM | Show all posts

Biarlah dia cuba nasib di industri music Malaysia.. kalau tak cuba nanti tak tau pula kan. Lagipun dia masih muda.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 05:34 PM | Show all posts
_kelly replied at 9-3-2023 05:14 PM
@gideoncross org kampung you

Lol haha, tpi iol ok je klau dia nak kat KL sbb kat sini mmg xde apa2 pun. Nak buat concert pun mcm2 halangan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2023 05:35 PM | Show all posts
DARSITA replied at 10-3-2023 02:22 AM
Biarlah dia cuba nasib di industri music Malaysia.. kalau tak cuba nanti tak tau pula kan. Lagipun  ...

Klau dia asek stay kat Brunei, mmg xkn mnghasilkn apa2 pun sbb sini bnyk restrictions.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.160240 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list