View: 2019|Reply: 2
|
Iktibar, Bila Isteri Glamour Dalam PAS
[Copy link]
|
|
[size=130%]Iktibar Untuk Semua http://melikapakjangak.blogspot. ... ul-kembali-853.html
Saya dalam keuzuran
[size=130%]ADA email yang dihantar menyentuh perasaan saya yang bertanyakan;
1. Kenapa Abe Meli menyepi dan tidak up-date blog lagi
2. Betulkah Abe Meli sakit kerana kena panah malam kalangan mulut masin dalam Pas bila ramalan Abe Meli Pas kalah di Galas betul
3. Betul ke Tok Pengulu Kak Lah sudah lari dari rumah kerana;
a) dia mabuk asmara dengan seorang muslimin Pas
b) Abe Meli pelir mampus
c) Abe Meli tak buwi nafkah zahir batin
4. Betulkah Abe Meli telah tinggalkan Kota Bharu?
[size=130%]Soalan-soalan yang ditanya lebih bersifat mengaibkan saya. Bagaimanapun kerana saya memilih bidang yang menjadikan saya adalah milik masyarakat dan memerlukan saya sentiasa telus dan tulus, maka saya kena beri jawapannya dan inilah penjelasan saya:
1. Saya akui memang saya kurang up-date blog kerana saya lebih tumpukan kepada facebook baru-baru ini. Insyaallah blog saya akan saya pertahankan dan akan sentiasa diup-date kerana saya tahu ianya ada pengikut setia. Atas keterlekaan saya, dipohon berbanyak maaf.
2. Memang betul saya uzur. Mengalami demam sejak dua minggu lepas. Denyutan jantung saya laju dari biasa, sentiasa dalam keadaan macam orang sedang berjongging. Sama ada saya kena panah malam atau tidak saya tak tau. Tetapi saya tidak pernah percayakan kekeramatan dan kemasinan mulut sesama manusia yang melebihi keramat dan masinnya mulut nabi.
Bagi saya selepas Nabi Muhammad s,a.w. sudah tidak ada nabi dan rasul lagi. Kalau ada manusia yang keramatnya lebih daripada nabi dan rasul, ianya adalah tahyol dan kepercayaaan yang boleh merosakkan akidah. Rujukan mutlak saya adalah al-Quran dan Hadis. Itu yang menjadi pasak-paksi hidup saya.
Saya membuat ramalan tentang Galas berdasarkan fakta. Saya masuk ke kawasan berkenaan sebelum dan selepas wakil rakyat mati sehingga pilihanraya terpaksa diadakan. Dalam pemerhatian saya yang sentiasa berada di akar umbi sebagai pihak yang berkecuali dari fahaman mana-mana parti politik, banyak lagi kawasan yang Pas akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang dan kalau kerajaan Pas masih dapat dipertahankan lagi di Kelantan pada pilihanraya umum ke-13, ianya adalah sesuatu yang luar biasa.
Saya memberi pandangan, ramalan dan firasat bebas tanpa berpihak kepada mana-mana parti. Terpulang kepada orang parti politiklah sama ada mahu percaya atau tidak kerana keadaan boleh diubah dan pihak orang parti politik sendiri patut berubah ke arah yang lebih positif. Paling penting kena hapuskan retoriksme.
3. Memang betul bini saya sudah memilih hidup berasingan kira-kira dua bulan yang lampau, malah dia telah menfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah Pasir Mas. Mana-mana yang berhajat nak memperisterikannya, bolehlah mula bersiap sedia dan hantar permohonan mulai sekarang, cubalah untuk uruskan kehidupan berumahtangga dengan manusia bernama Tok Penghulu Kak Lah, sama ada mudah atau payah, sama ada ketahanan mental atau fizikal boleh terus mantap atau retak.
Saya akan tetap dengan prinsip hidup saya walaupun terpaksa kehilangan apa jua yang menjadi milik saya. Demi mempertahankan prinsip, saya sanggup hilang apa-apa sahaja, termasuk bini, asalkan saya tidak kehilangan Allah dan Rasul-Nya, al-Quran dan Hadis serta iman dan takwa dari kekal terpahat di hati sanubari saya.
Bini hanya akan mengembirakan kita masa kita berada, bila kocek kosong, kita akan jadi kohong dari segenap jeghun dan akan dipandang lebih hina dari anjing kurap buruk kepala, suami akan diderhakai tanpa mengambil kira berapa besar dosanya, bila ada yang kata syurga di bawah telapak kaki suami, ianya akan menjadi bahan ketawa dan sendaan semata, apatah lagi kalau suami bukan muslimin Pas.
Soal dia ada mabuk asmara dengan muslimin Pas itu saya tidak tahu. Saya akui memang ada SMS menggunakan private nombor yang buat aduan tetapi saya tidak pernah percaya dan menganggapnya sebagai antara fitnah yang terpaksa dihadapi oleh pemain politik. Kalau ada juga, maknanya muslimin dan muslimat yang terlibat telah menipu Allah dan Rasul-Nya dengan hanya bermake-upkan status muslimin dan muslimat. Padahnya pasti akan datang laknat.
[size=130%]Na-u-zubillehi-minazalik.
Setelah saya wakafkan bini saya untuk perjuangan yang dia minati, maka saya serah kepada Allah yang menjaganya, termasuk perilakunya. Saya tidak pernah simpan rasa curiga kerana saya yakin Allah Maha Bijaksana menguruskannya.
[size=130%]Kerana saya tidak alim mana, dengan mewakafkannya kepada perjuangan Pas, saya yakin ilmu amalnya akan meningkat kerana berpeluang bergaul dengan orang kuat agama dan segala aktivitinya pula berlandaskan Islam belaka.
Kalau ada yang ambil kesempatan atau bini saya sendiri yang ambil kesempatan untuk menyimpang dari apa yang dihalalkan oleh Islam, itu adalah antara skrip takdir yang saya terpaksa terima dan terbuktilah parti yang dianuti tidak suci dari kemungkaran yang pastinya akan menerima kifarah dari Allah.
Setelah saya serahkan kepada Allah, maka Allah lah yang uruskannya. Tanpa bini, saya tetap tidur lena, saya dapat uruskan hidup seperti biasa. Yang agak kelam kabut adalah anak-anak saya, terutama yang paling kecil. Mungkin lama-lama mereka boleh sesuaikan diri. Lagi pun mereka jarang ada kesempatan bersama ibu mereka yang sentiasa sibuk dengan program parti.
[size=130%]Jika ditakdirkan jodoh kami putus, rasanya anak-anak tidak akan terasa sangat kesan kehilanganya tetapi bila usia semakin tua dan glamour semakin lupus, mungkin dia akan rasa bahawa selama ini dia telah melakukan kesilapan yang sangat besar.
[size=130%]Sebagai pengamal media saya banyak bertemu dengan manusia parti politik dari pelbagai fahaman. Setelah segala tenaga diperah dan dikerah serta didapati tidak akan melabakan parti lagi, jangankan pendukung dan penyokong parti yang disanjung yang dijulang dengan segala kudrat nak kerling sebelah mata, lalat langau pun tidak akan sudi hinggap. Masa itulah baru terasa betapa bernilainya anak cucu berbanding dengan parti dan geng-geng dalam parti politik.
[size=130%]Nak kata saya pelir mampus menjadi punca bini pilih hidup berasingan rasanya saya dan bini saya yang lebih tahu sama ada alat kejantanan saya masih berfungsi atau tidak. Rasanya bukan pasal pelir.
[size=130%]Puncanya kerana politik, kerana saya tidak banyak menyokong Pas. Dalam mesyuarat yang dihadiri, ahli-ahli mesyuarat sering bangkitkan tentang rembatan saya terhadap Pas dan menyebabkan dia rasa gagal untuk Paskan saya walaupun menjawat pelbagai jawatan dalam parti.
[size=130%]Mereka yang membangkitkan sikap saya itu lupa bahawa saya pengamal media, bukannya orang parti politik yang bebas mengkritik mana-mana parti dan mana-maba tokoh pun kerana saya tidak terikat dengan sebarang ikatan peraturan, saya hidup dengan cara saya dan tidak berfantung pada batu pelir mana-mana tokoh.
Yang pasti kerana mereka memberi kefahaman silap terhadap bini saya sehingga memilih hidup penuh dosa dengan mengasingkan diri dari suami dan anak-anak, mereka juga, termasuk pemimpin, pendudukung dan penyokong parti juga menerima tempias dosa, celaka dan laknat kerana memporak-purandakan rumahtangga yang dibina selama 31 tahun, sekaligus telah meletakkan enam orang anak dan tujuh orang cucu dalam keadaan keliru, dukacita, sedih dan kehilangan pakatan kemesraan ibu dan bapa bagi anak-anak serta kehilangan ikatan kemesraan mokwe dan tokcik bagi cucu-cucu kami.
[size=130%]Punca lain mungkin kerana dia rasa lebih tersohor, lebih glamour, lebih berdarjat kerana kawan-kawan dan kenalannya orang hebat-hebat belaka. Saya ni siapa sangat, hanya anak Kampung Rong Chenak yang daif, anak Halim Tok Latif dan Muyan Tok Dollah yang hanya penoreh getah, saya sudah tidak ada jawatan apa-apa dan kedudukan untuk dilihat sebagai ada darjat dan pengaruh.
[size=130%]Perniagaan pun ditutup, hutang keliling pinggang. Di samping itu dia mungkin termakan dengan alokkan rakan-rakan seperjuangan yang tidak cukup inci dalam soal hukum hakam walaupun bergelar muslimat dan muslimin Pas. Ini yang akan menjadikan Pas umpama pokok betik mengalami penyakit buruk akar pada musim tengkujuh,
Saya yakin bini saya tersalah menerima dakwah dan tarbiyyah. Bagaimanapun saya tidak kesal dengan apa yang berlaku dan sentiasa tabah serta bersyukur kerana menjadi sasaran ujian-Nya bagi mengukur sejauh mana saya mampu menpertahankan kyakinan saya terhadap al-Quran, Hadis, Allah dan Rasul-Nya serta iman dan takwa.
[size=130%]Saya sentiasa doakan agar dia akan diberi hidayah dan menjadi pejuang sebagaimana yang saya dan parti serta ahli parti yang bebas dari cuba ambil kesempatan untuk 'bergalak' dalam aktiviti-aktiviti, harapkan.
[size=130%]Kalau putusnya jodoh kami, biarlah dia mendapat pasangan yang sejuta kali lebih baik dari saya sama ada dari sudut pemilikan harta benda, glamour, darjat, mudah berkira dan dari sudut iman dan takwanya serta boleh wakafkan untuk perjuangan sebagaimana yang saya lakukan.
[size=130%]Dengan itu dia akan jadi seorang bini yang hidup dalam kawalan dan tidak bebas lepas seperti lembu yang tidak pernah ditambat seperti yang saya lakukan terhadapnya kerana memang itu gaya saya, tidak suka mengongkong dan menyimpan sebarang curiga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Parti akan rosak dari sudut prestasi dan reputasinya kalau dianggotai oleh pendukung dan penyokong yang tidak benar-benar faham dengan dasar dan matlamat perjuangan parti. Padahnya parti yang akan kena kifarah, dalam pilihanraya yang patut menang, akan kalah, kerana gara-gara setitik nila boleh rosak susu sebelanga.
Saya yakin apa yang berlaku kepada saya ada hikmahnya bagi memastikan aktivitis Pas yang lain sentiasa memuhasabah diri dan mengambil iktibar. Hari ini kes yang tidak patut berlaku telah berlaku dalam kehidupan saya, mungkin esok atau lusa akan berlaku dalam kehidupan orang lain juga, termasuk di kalangan tok-tok wakil Pas kalau tidak kena gayannya kerana langit tidak selaunya cerah dan hari tidak selalunya siang.
Saya pernah selesaikan kes kenanaran seorang suami apabila isterinya yang juga aktiviti muslimat Pas menfailkan perceraian kerana tergoda oleh kecekan seorang pembimbing program anjuran Pas.
Si suami berkenaan saya pertemukan dengan seorang usahawan wanita dan hidup mereka kini bahagia manakala sang si isteri berkenaan mengikut kata bekas si suaminya masih menjanda kerana si jantan yang membuatkan isterinya mabuk asmara dan minta cerai darinya hanya nak kecek baham punggung free.
Soal saya tidak beri nafkah zahir batin rasanya tidak timbul. Lagi pun saya sudah tua dan bini saya juga sudah 50-an. Keperluan dan keupayaan batin tidak mungkin segagah zaman muda-muda. Anak-anak pun sudah besar, malah cucu pun sudah nak masuk tujuh. Kalau kata saya feel huduh kenapa sekarang, kenapa tidak dulu?
Kalau nafkah zahir mungkin benar kerana setelah ada orang kuat Pas sendiri gagal sempurnakan janji dan menyebabkan perniagaan saya ditutup, saya kehilangan sumber pendapatan, itu hanya dalam tempoh beberapa bulan yang lampau dan kini kedudukuan ekonomi saya kembali pulih.
Mudah-mudahan, dengan jawapan saya ini semua pihak berpuashati. Saya menunggu lanjutan skrip takdir apakah saya masih ada jodoh atau sebaliknya dengan bini saya, Tok Pengulu Kak Lah yang kononnya sangat glamour, terutama di kalangan orang parti.
Doakan supaya saya kembali pulih dari demam dan akan dapat setiasa up-date blog ini. Terima kasih kerana menjadi penjengok setia.
4. Saya masih di Kota Bharu dalam belum berhasrat untuk tinggalkan ibu negeri kesayangan saya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|