View: 2397|Reply: 2
|
Lelaki Menangis Sampai Nak Bunuh Diri, Menyesal Tikam Dan Bakar Isteri
[Copy link]
|
|
BANGKOK – Seorang lelaki yang membunuh isterinya dengan membakar dan menikam mangsa di wilayah Samut Prakarn, Isnin lalu, ditahan ketika cuba membunuh diri.
Thaiger melaporkan, lelaki berusia 42 tahun, Pisutsiri Chansoda, didakwa melakukan jenayah kejam terhadap isterinya yang berusia 45 tahun, Natthanan Joomfong di hadapan syarikat Teknologi Alam Sekitar Global yang terletak di Kawasan Perindustrian Bangpoo, wilayah Samut Prakarn.
Pisutsiri ditahan ketika dia cuba membunuh diri dengan terjun ke Sungai Bang Pakong dari sebuah jambatan di wilayah Chacherngsao.
 Foto: bangkok Post
Pegawai-pegawai dari Balai Polis Bangpoo menemui trak pikap Mitsubishi putih yang dipandu Pisutsiri di Jalan Thepparat di wilayah tersebut, manakala pisau yang digunakan dalam pembunuhan itu turut dirampas sebagai bahan bukti.
Semasa dalam perjalanan ke Balai Polis Bangpoo, Pisutsiri yang menangis memberitahu wartawan bahawa dia menyesal atas apa yang telah dilakukannya dan menyatakan sangat sayangkan isterinya.
Menurut beberapa laporan media, Pisutsiri pernah cuba membunuh diri pada 2014 apabila dia berpisah dengan bekas kekasihnya.
Seorang rakan baik mangsa yang dikenali sebagai Lek memberitahu Saluran 3 bahawa dia tidak pernah mempercayai lelaki tersebut kerana terlalu cemburu terhadap isterinya.
Lek berkata, Natthanan membayar hutang Pisutsiri dan memberikannya sebuah trak pikap selain merancang untuk berpisah dengan lelaki itu. Ia mungkin telah mencetuskan reaksi ganas terhadap mangsa. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
....harap2 mereput dlm penjara @ kena gantung sampai mati!!! |
|
|
|
|
|
|
|
terlalu sayang pun susah juga... kerana cemburu pun akan meningkat seiring dengan rasa sayang tersebut, yg kalau tak terkawal jadi mcm kat atas.. ..
hati-hati semua peminat drama korea atau filem hindi, percintaan yg dipelajari disana boleh berakhir dengan kematian.. itu semua cuma neraka yg kelihatan spt syurga
malang sungguh jadi manusia ni.. cenderung untuk berlebih-lebih tetapi ramai tak menyedari menurutinya adalah jalan kebinasaan
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|