CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2765|Reply: 3

[Tempatan] Johor - Penceramah tanpa tauliah, penganjur acara, boleh dikenakan tindakan undang-undang

[Copy link]
Post time 8-3-2023 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj) boleh mengambil tindakan undang-undang bukan sahaja kepada individu yang didapati mengajar atau memberi syarahan agama Islam tanpa tauliah, malah kepada penganjur kepada acara atau program berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan pada kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid, Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) Jamaluddin A Hamid.

Kenyataan yang dikeluarkan sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang memberi penegasan terhadap penceramah yang perlu memiliki tauliah mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri ini, dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Menurut kenyataan, penganjur acara yang menjemput penceramah tanpa tauliah Mainj adalah dianggap sebagai melakukan kesalahan bersubahat.


"Mana-mana penganjur kepada acara mengajar dan memberi syarahan agama Islam menggunakan penceramah yang tidak bertauliah daripada Mainj adalah melakukan satu kesalahan penyubahatan di bawah Seksyen 43 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Selain itu, mereka yang didapati mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri ini tanpa tauliah adalah melakukan kesalahan yang boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Katanya, mereka yang diambil tindakan atas kesalahan itu boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kenyataan juga memaklumkan, tauliah yang diperlukan daripada Mainj meliputi kawasan masjid dan surau serta mana-mana tempat dalam negeri ini.

"Selaras dengan Seksyen 118(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003, antara kaedah mengawal doktrin dan fahaman yang menyeleweng dari hukum syarak di negeri ini adalah dengan memastikan mereka yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam hendaklah memiliki tauliah daripada Mainj.

"Mainj adalah pihak berkuasa agama Islam yang menjaga urusan hal ehwal masyarakat Islam di negeri ini supaya mematuhi hukum syarak yang berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran al-Asya'irah dan al-Maturidiyyah yang syariatnya berlandaskan mazhab Shafie tanpa menolak mazhab muktabar lain serta bertasawuf berlandaskan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali," katanya.

Oleh itu, tegasnya, masyarakat Islam di negeri ini hendaklah mematuhi undang-undang yang telah dikanunkan demi memastikan syiar Islam yang benar dan betul ditegakkan dan dilaksanakan di Johor.

Disiarkan pada: Mac 8, 2023 @ 2:26pm



Sultan Ibrahim menerima mengadap Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad (kiri) dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Jamaluddin A Hamid. FOTO IHSAN FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2023 02:44 PM | Show all posts
ni lagi satu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dah.. now satu Msia buat undang2 ni. Nk bersyarah ilmu mesti bertauliah. Tak cukup lagi ke dgn penonggeng2 ummah.. last2 pakat cerai berai
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak type kalo ade bersangkut kuning
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.434578 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list