|
Mimi Lana teruja bakal melebarkan sayap lakonannya ke Jakarta selepas 10 tahun mengorak langkah dalam industri seni tanah air.
Kata pelakon itu, dia bakal terbabit dengan sebuah penggambaran filem dari negara seberang dalam masa terdekat ini.
IG
“Insya-Allah bulan depan saya akan pergi ke Jakarta untuk shooting filem. Tapi berkemungkinan juga akan ditunda ke lepas raya sebab jadual masih belum keluar lagi.
“Ini kali pertama saya melebarkan saya ke luar negara. So far saya masih menunggu jadual dan skrip dan untuk persiapan saya akan pergi ke sana awal sedikit sebab kita perlu membuat persiapan dengan produksi sana.
“Saya pun baru sangat habis shooting untuk Mencari Ramlee. Jadi bulan ni macam nak bertenang sikit untuk buat content dan kempen. Jadi bulan depan baru saya mulakan balik shooting,” katanya dipetik Xtra.
Biarpun dirinya kini sibuk menguruskan persiapan perkahwinannya bersama Syafiq Kyle tidak lama lagi, pelakon jelita itu turut meluahkan rasa bersyukur kerana masih boleh membahagikan masa dengan baik.
“Alhamdulillah, setakat ini masa tu masih lagi boleh dibahagikan sebab saya masih muda, saya tak rasa benda tu jadi masalah untuk saya.
“Mungkin waktu saya rehat nanti bila saya rasa saya betul-betul perlu rehat. Untuk masa sekarang ni saya masih lagi mampu manage masa saya," ujarnya.
IG
Dalam masa sama, Mimi akui ada rasa burnt out bila shooting. Pun begitu, dia tetap menghadapinya kerana memikirkan mungkin ada lagi ramai yang lebih penat daripada diri sendiri.
"Dan saya rasa dengan energy yang saya ada saya patut gunakannya dengan sebaik mungkin,” jelasnya.
Sumber: Xtra |
|