CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2490|Reply: 5

Sesak Nafas, Jalil Hamid Disahkan Ada Masalah Jantung

[Copy link]
Post time 8-3-2023 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Doktor mengesahkan Jalil Hamid, 66, mengalami masalah jantung selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang, semalam.


Terdahulu, Jalil mengalami masalah pernafasan sebelum dibawa ke hospital berkenaan untuk rawatan.


"Semalam, saya dah dibenarkan pulang. Awalnya saya sesak nafas. Pernafasan saya tak lancar. Selepas pemeriksaan dan rawatan, pihak hospital memaklumkan saya ada masalah berkaitan jantung," katanya kepada Harian Metro.




Foto: Harian Metro




Menurut Jalil, dia sepatutnya masih perlu ditahan di hospital untuk rawatan, namun ingin berikan ruang kepada mereka yang lebih memerlukan.


"Kalau nak ikutkan, saya masih lagi perlu dirawat di hospital. Tapi, saya kasihan melihat pesakit-pesakit yang lebih teruk keadaan mereka. Jadi, saya minta untuk dibenarkan pulang dan berehat di rumah.


"Kasihan saya lihat apabila ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil. Ada yang perlu menunggu sehingga empat ke lima hari untuk mendapat katil. Bahkan, ada yang sampai terpaksa berbaring di laluan. Saya beritahu hospital, tak mengapa saya mengalah," katanya.


Jalil kini menunggu keputusan dan panggilan daripada hospital untuk rawatan susulan.


"Di hospital, doktor jalankan beberapa ujian termasuklah ujian darah dan mereka akan maklumkan saya, bila tarikh saya perlu hadir semula ke hospital untuk rawatan susulan.


"Sekarang, di rumah saya perlukan oksigen dan tahap oksigen juga perlu dipantau," katanya.


Terdahulu, pelakon, Fauziah Ahmad Daud berkongsi tangkap layar di Instagram mengenai Jalil yang berada di zon kuning ICU.


"Sama-sama kita mendoakan seniman, Jalil Hamid, ya," tulisnya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2023 02:26 PM | Show all posts
1 of my fav actor
bg la wtk apa saja
komedi, drama, baik, jahat
u name it

moga acik jalil kuat dan sihat sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
GWS acik. Suka lagu Ayam masa kecil2 dulu. Suka acik berlakon juga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-3-2023 02:34 PM
GWS acik. Suka lagu Ayam masa kecil2 dulu. Suka acik berlakon juga.

Lagi satu lagu hari raya dia layan betul...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je sat td lalu tepi hosp serdang tu..punya laaaa penuh parking smpi kt tepi2 jalan tu pn..padat yg amat..iols nk g hosp pengajar serdang tu je..lagi tenang parking pn masih leh tahan lg x sesak
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni muka sangat lah fatherly. Pandai berlakon cuma biasalah kat mesia ni pelakon lama bayar ratus² je. Infuenzar yg kayu kayan dibayar mahal. Kesian dulu dia cakap pasal bayaran ciput ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050072 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list