CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2325|Reply: 3

Anwar Ibrahim Yakin Kerajaan Perpaduan Kekal Hingga Habis Penggal

[Copy link]
Post time 8-3-2023 08:50 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada cukup optimis menyuarakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya tidak tumbang.


Malahan, beliau turut percaya, kerajaan yang disertai empat blok dan tiga parti kecil itu boleh kekal bertahan sehingga tempoh penggalnya tamat pada 3 Disember 2027 kelak.


“Saya yakin kerjasama ini (Kerajaan Perpaduan) akan bertahan sehingga habis penggal dan tidak terjejas dengan apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin Pas itu,” katanya.




Foto: kosmo




Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucaptama pada Sesi Interaksi Bersama-sama Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Secara Maya.


Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di Parlimen mendakwa bahawa Kerajaan Perpaduan akan ‘tumbang’ sendiri dalam masa terdekat.


Bahkan beliau menyifatkan usaha pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Anwar adalah dibolehkan kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan.


Mengulas lebih lanjut, Anwar turut mengulangi pendirian mengenai kekukuhan Kerajaan Perpaduan dan menganggap pandangan pihak luar sebagai bermotifkan agenda politik.


“Ia (kenyataan pemimpin blok lawan tersebut) tidak lebih hanya berbentuk retorik politik,” tegasnya yang melahirkan kepercayaan bahawa ramalan kejatuhan beliau tidak berasas.- CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Penafian orang politik kena faham terbalik.. Banyak kali sangat dah sesuatu yg dinafikan itu akhirnya benar2 berlaku.

Tak mungkin Haji Hadi sengaja bola tanggung kalau takde ura-uranya.

Makin kuat bertiup UMNO tak puas hati pengagihan kuasa di pelbagai peringkat termasuk di level pentadbiran PBT dan kampung2. Nama saja bergabung tapi PH bolot semua. UMNO mana biasa jadi pihak yg perlu mengalah.

Maka angin pun semakin bertiup kencang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 09:35 AM | Show all posts
- DAP sarawak bergaduh dengan GPS
- MP gomen sendiri dok bising pasai peruntukan ahli MP khususnya isu banjir di Johor

atap makin nak bocor nampaknya bak kata edy
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 10:13 AM | Show all posts
Berharap begitulah dan jika boleh terus berpenggal dan berpenggal dan berpenggal!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.223748 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list