CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8397|Reply: 0

[Sarawak] COVID-19 Sarawak: 55 kes baharu, 1 kematian pada minggu epidemiologi ke-9

[Copy link]
Post time 7-3-2023 11:21 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak merekodkan 55 kes baharu COVID-19 pada minggu epidemiologi ke-9 menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kini meningkat kepada 324,636 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan daripada 55 kes dilaporkan 52 adalah kategori satu dan dua manakala tiga kes kategori tiga, empat dan lima.

Kuching katanya merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 23 diikuti Miri (sembilan), Bintulu (enam), Sibu dan Samarahan (masing-masing lima kes), Serian (tiga), Tatau, Selangau, Mukah dan Betong (masing-masing satu kes).

Mengenai kes kematian akibat jangkitan COVID-19, JPBNS melaporkan satu kes kematian baharu di Serian pada minggu epidemiologi ke-9 di negeri ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.057112 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list