CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8208|Reply: 0

[Sarawak] Jalan Batu Tujuh, Hulu Baram terputus akibat tanah runtuh

[Copy link]
Post time 7-3-2023 11:17 PM | Show all posts |Read mode


Tanah runtuh menyebabkan jalan utama menghala ke Miri dari Long Selawan terputus pagi tadi.

MIRI: Jalan di Batu Tujuh, Hulu Baram terputus sementara akibat kejadian tanah runtuh berikutan hujan lebat turun di kawasan terbabit sejak beberapa hari lalu.

Seorang penduduk, Wan Egau, 62, dari Long Selawan ketika dihubungi menyatakan bahawa dia hanya menyedari kejadian itu semasa hendak turun ke Miri pagi tadi.

“Pagi ini (semalam) saya sepatutnya turun ke Miri kerana ada temu janji di Hospital Miri namun terpaksa membatalkan perjalanan kerana jalan menuju ke Miri dari Long Selawan terputus akibat kejadian tanah runtuh.

“Tanah runtuh itu menghalang jalan utama menuju ke Long Jeeh dan Long Selawan dan saya terpaksa berpatah balik ke rumah kerana jalan tersebut tidak dapat dilalui,” katanya.

Sehubungan itu, Wan menggesa kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah segera menangani masalah itu yang sering berlaku setiap kali hujan lebat di Hulu Baram.

“Pihak berkuasa perlu menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan dengan segera demi keselamatan pengguna jalan raya.

“Pada masa sama, kerajaan juga harus memikirkan jalan penyelesaian jangka panjang mengatasi masalah yang kami hadapi di kawasan luar bandar,” jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057300 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list