CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8323|Reply: 0

[Sarawak] Pengurus syarikat swasta rugi lebih RM200,000 ditipu

[Copy link]
Post time 7-3-2023 11:16 PM | Show all posts |Read mode
MIRI: Seorang pengurus sebuah syarikat swasta kerugian lebih RM200,000 setelah terperdaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian dan pelaburan Bitcoin.
   
Setelah menyedari dirinya ditipu, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 52 tahun kemudian tampil membuat laporan polis pada 4 Mac lalu.
   
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam mengesahkan menerima laporan polis berhubung kes itu.
   
Katanya, mangsa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seseorang yangmenawarkan kerja secara sambilan dan mengarahkannya (mangsa) melakukan beberapa tugas mudah seperti menekan butang 'langgan' untuk chanel diarahkan dan menerima bayaran bagi setiap tugasan dilakukan.
   
Menurut Alexson, setelah itu mangsa turut ditawarkan tugasan lain iaitu memilih pelaburan ditawarkan untuk menerima pulangan daripada pelaburan itu.
   
"Mangsa memilih tugasan pelaburan melalui pilihan diberikan dan kemudian diarahkan membuat pembayaran bagi pelaburan tersebut.
   
"Teruja dengan tawaran itu, mangsa membuat sebanyak 18 transaksi ke dalam 13 akaun atas nama individu berbeza membabitkan wang keseluruhan berjumlah RM200,635 bermula 28 Februari 2023 hingga 4 Mac lalu," katanya.
   
Wanita terbabit cuba mengeluarkan wang keuntungan daripada bayaran tugasan dilakukan namun sebaliknya dia sekali lagi diarahkan membayar cukai bagi mendapatkan wang tersebut dan setelah itu baru menyedari dirinya ditipu.
   
Sehubungan itu, Alexson menasihati orang ramai supaya melabur di landasan betul dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta mendapatkan nasihat kewangan daripada ejen berdaftar.
   
"Jangan percaya dengan pelaburan menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat dan jangan memasukkan wang ke akaun bank yang tiada kaitan dengan pelaburan dibuat.
   
"Sentiasa melakukan semakan senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kelulusan atau kebenaran oleh Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia," jelas beliau.
   
Selain itu, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak memberi maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali dan jangan mendaftarkan perbankan dalam talian dengan nombor telefon diberikan oleh mana-mana individu tidak dikenali.
   
Orang ramai boleh melakukan semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui CHECK SCAMMERS CCID atau melalui laman sesawang http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.



https://www.utusanborneo.com.my/2023/03/06/pengurus-syarikat-swasta-rugi-lebih-rm200000-ditipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.061225 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list