CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8314|Reply: 0

[Sarawak] Penyertaan untuk pertandingan memancing di Miri masih dibuka

[Copy link]
Post time 7-3-2023 11:13 PM | Show all posts |Read mode


Pertandingan memancing yang menawarkan hadiah RM10,000 masih terbuka kepada orang awam yang dijadualkan berlangsung Ahad ini.
MIRI: Kira-kira 300 pemancing disasar menyertai Pertandingan Memancing anjuran Persatuan Kebajikan Prihatin Miri di Kuala Miri Pulau Melayu pada 12 Mac ini.

Jurucakap penganjur Zakaria Lalong berkata, pemancing bertuah yang berjaya menaikkan ikan terberat bakal membawa hadiah lumayan iaitu wang tunai RM10,000.

"Pertandingan ini adalah yang julung kali diadakan oleh pihak Prihatin dan sehingga kini, lebih 100 penyertaan telah diterima dan kami masih membuka ruang kepada pemancing lain untuk mendaftar," katanya dihubungi Utusan Borneo pada Selasa.

Menurut Zakaria, bagi naib juara hingga tempat keempat masing-masing akan menerima RM2,000, RM1,000 dan RM500.

Manakala pemenang tempat kelima hingga ke-50 akan menerima RM250 dengan yuran penyertaan yang dikenakan hanya RM100 untuk sebatang joran.

Tambahnya, satu joran boleh menggunakan sehingga empat mata kail, manakala umpan pula terpulang kepada pemancing untuk memikat ikan terbesar.

Menurutnya, pihaknya telah menjemput Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni untuk menyempurnakan perasmian pertandingan.

Keterangan lanjut atau yang ingin menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Zakaria menerusi talian 010-7648203.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.055459 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list