CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7886|Reply: 0

[Sabah] 80 rumah atas air di Kampung Cenderamata musnah terbakar

[Copy link]
Post time 7-3-2023 11:01 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Lokasi penempatan atas air di Kampung Cenderamata yang musnah dalam kebakaran tersebut.

SANDAKAN: Sekurang-kurangnya sebanyak 80 buah rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Cenderamata, Jalan Batu Sapi, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, 10 buah rumah lagi terbakar 10 peratus, manakala 300 buah rumah berjaya diselamatkan daripada musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.06 pagi.

Katanya, seramai 22 anggota dan pegawai bersama lapan aset serta jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam dan menyelamat.

“Operasi turut dibantu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran sudah memusnahkan sebahagian besar rumah di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba menghadapi kesukaran ketika menjalankan operasi pemadaman kerana tiada pili bomba berhampiran dan keadaan air laut yang surut.

“Pasukan bomba terpaksa menggunakan sumber air jentera dan mencari sumber air terbuka daripada parit berdekatan untuk operasi pemadaman.

“Dianggarkan sebanyak 80 buah rumah musnah dan 10 lagi terbakar sebanyak 10 peratus dalam insiden tersebut,” katanya.



OPERASI: Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran supaya tidak merebak ke kawasan lain.
Jimmy berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.54 pagi dan menyelamatkan kira-kira 300 buah rumah daripada musnah terbakar.

“Setakat ini kebakaran itu hanya melibatkan kemusnahan harta benda sahaja dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan setakat ini.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.48 pagi,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.185126 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list