CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7840|Reply: 0

[Sabah] Kilang, kuarters pemeliharaan ikan terbakar

[Copy link]
Post time 7-3-2023 10:52 PM | Show all posts |Read mode


TERBAKAR: Pasukan Bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Sebuah kilang dan kuarters pekerja pemeliharaan ikan air masin musnah dalam kebakaran di Kampung Kuala Sepanggar di sini pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata kejadian kira-kira jam 7 pagi itu turut memusnahkan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Katanya seramai 30 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lintas, Kota Kinabalu dan Tuaran digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.14 pagi.

“Semasa ketibaan pasukan Bomba di lokasi kebakaran membabitkan sebuah kilang pemeliharaan ikan air masin dan kuarters pekerja.

"Operasi memadamkan api dilakukan menggunakan sumber air dari jentera dan kebakaran berjaya dikawal jam 8.30 pagi," katanya semasa dihubungi.

Beliau berkata kebakaran memusnahkan keseluruhan kilang pemeliharaan ikan air masin dan kuarters pekerja bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian ini.

Beliau berkata punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.392172 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list