CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3773|Reply: 17

Tulang Retak, Masalah Tisu Dalaman, Fasha Sandha Susah Nak Gerakkan Mata Kiri

[Copy link]
Post time 7-3-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Aidil Aziz memaklumkan isterinya yang juga pelakon, Fasha Sandha mengalami kesukaran untuk menggerakkan mata kirinya berpunca daripada keretakan tulang dan masalah tisu dalaman.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Aidil berkata, dari segi luaran, bengkak di bahagian mata kiri  semakin susut dengan ketara dan tiada bahagian koyak yang perlu dijahit.




Foto: IG




“Kami masih menunggu rawatan dan pemeriksaan susulan daripada pihak doktor. Cuma dia ada mengadu sakit bila cuba menggerakkan mata kiri. Impak hentakan itu agak kuat.


“Tulang mata kirinya patah dan beberapa bahagian tisu dalam koyak. Tetapi tiada bahagian wajah yang perlu dijahit. Cuma masalah dalaman sahajalah.


“Secara fizikal Fasha semakin baik. Bengkak juga sudah berkurang. Fasha juga berada dalam keadaan tenang dan positif. Berkat doa dan kata-kata semangat daripada semua,” ujarnya.




  



Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran Anak Tuan bersama pelakon, Azhan Rani.


Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.


Dalam pada itu, ditanya tentang keadaan anak-anak, Aidil bersyukur kerana mereka sangat memahami situasi yang berlaku dan sentiasa menemani Fasha walaupun masing-masing masih kecil.


“Bila tengok ibu mereka kuat, anak-anak pun automatik jadi kuat. Mereka tidaklah risau sangat. Mereka cuba memahami keadaan Fasha yang sedang sakit tetapi masih kecil untuk faham apa yang berlaku.


“Fasha sangat kuat, dia sentiasa positif. Ini kemalangan yang tidak disengajakan. Saya dan Fasha menerima ujian ini dengan hati yang terbuka, insya-Allah,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 01:43 PM | Show all posts
Tuhan nak tegur fasha dengan cara macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha: Tuhan nak tegur fasha dengan c ...
tula,tgok bideo dia bgelek tu.ta pdn btol
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mh17 replied at 7-3-2023 02:27 PM
tula,tgok bideo dia bgelek tu.ta pdn btol

tak harap dia berubah terus lepas balik umrah, tp tak sangka juga sebab baru sgt balik terus bergelek mcm tu. aidil tu harapnya lepas ni makin rajin lah cari job utk sara keluarga. takkan semua nak harapkan fasha
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 02:42 PM | Show all posts
kelmarin baru tgk IG dia berjoget2 dgn aidil sampai x ingat..apa pun GWS
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 03:12 PM | Show all posts
tak tgk plak msa dia sibuk bergelek tu.. koser sbrnya.
tapi pape pun moga lepas ni baik2 aje lah mata sheol. gws!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lilcountess replied at 7-3-2023 02:38 PM
tak harap dia berubah terus lepas balik umrah, tp tak sangka juga sebab baru sgt balik terus berge ...

Aidil ni biawak jugak ke u..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 03:56 PM | Show all posts
Fasha dah boleh rehat dah, kurangkan job, jangan workaholic sangat...besarkan anak-anak dulu.. biar Aidil sorg je kerja keras...takkan semua nak harap FS...nnt org kata biawak tau plak marah.. jangan amik kesempatan FS punya disiplin & kerja keras berlakon sana sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mata tu satu je takde ganti dah. Nak pakai lama wehhh..dah2 la tu belakon beriye. Sikit2 buat2 hentak badan dah le. Tak ramei yg tengok pun nnt. Skrg semua tengok online platform streaming jerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima je lah ko kan TERPALING komited [em:18:]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 7-3-2023 03:12 PM
tak tgk plak msa dia sibuk bergelek tu.. koser sbrnya.
tapi pape pun moga lepas ni baik2 aje lah mat ...

Bagus la u tak dan tgk
Kalau idok melugai seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
minahmanja replied at 7-3-2023 03:37 PM
Aidil ni biawak jugak ke u..

Edel ni apak dia kerja bank dodulu.
Dia sekolah sampai mana ek. Ada diploma tak. Ada degree tak.
Apak dia orang ada pangkat gak.
If no cert now agak susah gak orang nak recommend.
Ini bukan tahun 90an boleh guna kabel besar.
Now walau ada kabel orang nak tgk gak cert.
If no cert boleh gak , kena ada experienced kerja lama.
Kalau semua elek , payahlah.
Dari dulu I baca yang edel harap fs kerja.
Siannya fs. Kena jaga semua. Elok anak2 tiga orang, dahhhh jadi empat orang.....

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 7-3-2023 12:43 PM
Tuhan nak tegur fasha dengan cara macam ni

xtakut ke fitnah tuhan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sorang tu berparut kat mata sorang naik kero…..kesian tul dua dua cari makan demi family
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 7-3-2023 07:26 PM
Edel ni apak dia kerja bank dodulu.
Dia sekolah sampai mana ek. Ada diploma tak. Ada degree tak.
A ...

baru tgk kat wiki si pasha lulusan IKN tapi aidil no mention of education. spm je kot.

Baru tahu Aidil ada kes mahkamah pasal dadah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila pula fs lulusan IKN  ni..xsilap lps spm dia dh mula berlakon kan.Apo ..edel lps kawin basuh kaki ja duk umah yg skrg durang duduk .umah tu ..umh kelamin fs dgn ex dulu yg jd hak ank2 dia kan.masa tu semua adk brdk fs duk situ.skrg es dh pndh..mak bapa xtau duk situ or dh pndh umh sndiri.dh jimat kt situ..edel ni selain mangafira..job berlakon byk dpt drpd makcik dia..si kam tu.job2 lain xtaulah kan.sian fs..srmoga cepat baik dn dpt keje berhbs2an lagi lps ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2023 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga cepat sembuh fs.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2023 08:29 AM | Show all posts
zuriey replied at 7-3-2023 08:20 PM
Bagus la u tak dan tgk
Kalau idok melugai seminggu

ohh yaa kaaa? aisehman.. ptt kena tgk aritu haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.670650 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list