CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 787|Reply: 4

Siti Bainun Kata Laundry Kecil, Masuk Dua Orang Dah Tak Muat- "Tak Logik Saya Dera Bella"

[Copy link]
Post time 6-3-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memberitahu Mahkamah Tinggi di sini dia tidak pernah mendera remaja perempuan sindrom Down, Bella dalam ruang dobi (laundry) di kondominium di Wangsa Maju dua tahun lalu.


Siti Bainun, 31, berkata, adalah tidak masuk akal dia mendera Bella apabila ruang itu terlalu sempit selain tidak masuk akal untuk dia berbuat demikian bersama dua lagi penghuni.


Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf, Siti Bainun memaklumkan, apa yang diceritakan saksi semasa di peringkat pendakwaan bahawa dia mendera Bella adalah satu tuduhan.


Foto: kosmo




Mohammad Farhan: Sebelum ini pihak pendakwaan mengatakan ruang laundry sebenarnya besar, tapi puan tidak bersetuju. Kenapa puan tidak bersetuju?


Siti Bainun: Saya tidak setuju sebab selalunya yang masuk dekat ruang itu kalau beli barang dapur, hanya saya dan Yasmin saja sudah tak boleh (muat). Saya dan Yasmin boleh duduk untuk susun barang saja, tapi mustahil untuk saya dan Yasmin, Aida termasuk Bella berdiri untuk dera Bella. Ia sangat tidak mungkin dan saya tidak nampak logiknya. Tiada apa-apa yang berlaku sebab saya dan Yasmin pun sudah tak boleh masuk. Laundry memang kecil dan tidak muat kerana ada almari di bahagian kiri yang sudah mengambil ruang hampir dua kaki.


Pada April tahun lalu, saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 19, memberitahu mahkamah Siti Bainun mendera Bella setiap hari selama hampir empat bulan.


Saksi itu dilapor berkata, dia dan Aida turut diarahkan oleh Siti Bainun untuk memukul Bella.


Sebelum itu, pada 13 April tahun sama, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi, pihak pendakwaan dan pembelaan pernah melawat kondominium tempat kejadian mangsa didakwa dianiaya dan diabaikan.


Sementara itu, dalam prosiding sama, Siti Bainun turut berkata, Yasmin tidak pernah dilayan seperti ‘hamba abdi’ dan pilih kasih, malah remaja itu sentiasa diberi layanan sama seperti anak-anak jagaanya termasuk sambutan hari jadi.


Perbicaraan bela diri bersambung esok.


Siti Bainun, 31, didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.


Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga mereput.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 03:43 AM | Show all posts
Adoiiii bainonn oiii, klu dah gemokk huduhh mcm ko, tutoplah ko punya phukeyy tu, nmpk lagi huduhhh, dah lah jahatttt huh phuii
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Eeee gemuk dan hodoh betul, phuuukey tersembul macam apa jah, nak cari baju panjang tutup phhuuukey mesti tak jumpa size la tu kan, kena custom size atau pakai kain langsir terus. Yihhh, semoga kau kena siram dengan air coway panas. Harap2 kau keluar mahkamah tu kau tergelincir dan mati terhempap diri sendiri. Tinggal panggil kren je untuk angkut buang kat tempat pelupusan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 08:55 AM | Show all posts
entah2 benon mmg  tak bersalah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058070 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list