View: 680|Reply: 10
|
Lelaki Diseksa Pencinta Haiwan, Dipaksa Lumur Najis Pada Wajah Sebab Seksa Kucing
[Copy link]
|
|
Sekumpulan pencinta haiwan menyeksa seorang lelaki yang didakwa mendera kucing.
Menurut Global Times dan Southern Metropolis Daily, lelaki bernama Lee menyeksa kucing yang diambilnya. Malah, dia merakamkan aksi kejamnya itu sebelum memuat naik video tersebut secara dalam talian.
Weibo
Menurut laporan, perbuatannya itu menyebabkan kematian beberapa haiwan berkenaan.
Susulan kejadian itu, Lee diserang enam individu di sebuah plaza, pada 25 Februari lalu.
Lee dikatakan dibawa ke lokasi berasingan. Dia ditendang, dibuat untuk menampar dirinya sendiri, melutut di atas lantai dan mengaku perbuatannya.
Kumpulan tersebut dilaporkan turut melumurkan najis pada muka Lee, dan memaksanya untuk menelannya.
Video mengenai serangan turut tular di media sosial.
Pihak berkuasa Wuzhong di Suzhou, China berkata, mereka memandang serius kes tersebut dan siasatan dijalankan.
Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya.
umber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
cash, credit card dan cek! |
|
|
|
|
|
|
|
panda muka... elok kena dera lagi sampai trauma |
|
|
|
|
|
|
|
Tiber ja ayat para last pasai hukum isele pulak |
|
|
|
|
|
|
|
wartawan mStar mmg kena letak ayat2 islamik nok walaupun dok mengumpat retis. nanti dkt akhirat bolehlah jd self defence gitu [em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai peringatan, perbuatan ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya.
ni merujuk kpd perbuatan watak utama atau perbuatan pencinta haiwan kepadanya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|