CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6755|Reply: 114

Tak Nak Ikut Adat, Pasangan Kahwin Dengan Bajet Bawah RM1000

[Copy link]
Post time 6-3-2023 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Tular di media sosial sebuah pasangan yang baru berkahwin hanya mengeluarkan bajet tidak lebih RM1,000.


Menurut @wydsetan yang merupakan pengantin perempuan, majlis perkahwinan itu diadakan secara sederhana tanpa hantaran berikutan keputusan dia dan suami.


Foto: twitter




“3 Mac 2023 nikah, tiada hantaran dan saya buat ‘make up’ (solek) sendiri. Alhamdulillah (semua ini) keputusan saya sendiri kerana saya tak nak ada masalah dalam kewangan selepas nikah.


“Kerana perjalanan alam perkahwinan itu bukan sehari dan tiada harga untuk diri saya kerana saya sendiri banyak kekurangan,” kata wydsetan menerusi hantaran di Twitternya, semalam.





Katanya lagi, keseluruhan kos perkahwinannya hanya menelan belanja tidak lebih RM1,000 meliputi cincin, makanan, baju (lelaki dan perempuan), inai, mas kahwin termasuk imam serta saksi.


“Saya nikah di pejabat agama dan untuk mas kahwin serta duit imam dan saksi adalah RM380. Beri sedekah orang makan pula RM200 dan inai RM55. Beli baju pun yang boleh pakai lama,” ujarnya.


Mengulas mengapa memilih untuk berkahwin sedemikian, wanita itu menjelaskan dia tidak mempercayai adat dan pernah mengajukan jawapan kepada ibu bapanya serta akui bersyukur menerima suami yang memahami.


“Kebahagiaan dan hadiah yang tiada tandingan dengan hantaran bagi saya adalah seorang lelaki (suami) yang ikhlas untuk menikahi saya,” ujarnya.


Sehubungan itu, rata-rata orang ramai memuji tindakan wanita itu serta mendoakan agar perkawinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.


“Saya doakan semuanya di permudah. Saya harap suami dapatmenjalankan tugas menafkah isteri sebaik-baiknya dan jangan abaikan tanggungjawab,” ucap laila.


“Tunang aku bagi cincin pandora pun habis bising mak-mak saudara aku. Tak tau la macam mana nak kahwin. Rasanya kalau takda RM10,000 tak lepas,” luah pwetty.skin.

“Alhamdulillah. Tahniah. Kahwin macam ni, sumpah ‘jealous’ (cemburu). Moga mahligai dibina kekal ke syurga,” kata nurulnad. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 02:20 PM | Show all posts
aku rasa ok la.. nak humble ke nak gah ke apa ke semua dipersilakan..
tp mmg buat demi nak viral ke apa nih.. jgn nanti mengungkit udoh le
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pn xda hantaran bagai..14x dh mak iols tnya betul ke? Betul ke? Bkn sbb nk jimat tp sbb leceh n malas
Xtau lh hari kejadian nnt ada suara2 sumbang x klu tau xda hantaran bagai ni…even bff sndri pn ada 3-4 org yg duk why?why? Biar betul…oh camonnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:30 PM | Show all posts
Sebuah pasangan?Kenapa sebuah pasangan? adakah mereka objek? Hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:31 PM | Show all posts
pet_ayut replied at 6-3-2023 02:30 PM
Sebuah pasangan?Kenapa sebuah pasangan? adakah mereka objek? Hahahaha

hahhahaha ye tak ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkilatnyer muka pengantin ppuan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae replied at 6-3-2023 02:28 PM
Iols pn xda hantaran bagai..14x dh mak iols tnya betul ke? Betul ke? Bkn sbb nk jimat tp sbb leceh n ...

Hantaran kan hadiah....the problems is bila pihak satu lagi dipaksa membalas...

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg bnda ni semakin diterima , oklah jimat banyak cmni , dipuji2 lagi
Zaman dulu dh ada pun sbnarnya tapi mmg terukla kena cerca dgn makcik2 muka lebam kepam mengata macam2 tuduh pregnant etc bagai

So good for them this lovely couple
Semoga bahagia smpai bila2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
lantakkkkkkk
ko yang nak kawen, duit ko yang dipakai
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ramai org tua yg terbuka mcm parent dorang, ramailah anak muda nikah awal sebab takde terbeban nak cari duit untuk buat kenduri besar2

harap tua nanti tak menyesal, takde kenduri takde hantaran apa semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:44 PM | Show all posts


barangan hantaran pun biasanya merupakan barangan keperluan seperti kasut, handbang, sejadah, telekung, tuala mandi dll.
taklah jugak membazir sebab akan digunakan jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:47 PM | Show all posts
yg penting keadaan kewangan selepas kawin ok

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
twitternye name setan ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:51 PM | Show all posts
ok je kalau lakinya bagi saving sedepuk 20k ke kat bini...
kurang2 tak membazir.. and nampak la jugak dia usaha nak kawin.. nak berbini.. nak berkeluarga.
Tapi kalau serba serbi tak bayar.. hantaran free.. kenduri x buat.. majlis kawin simple kat pejabat je.. sepatutnya kau dah jimat banyak giler.. good.

but show me u got money ok. Bukan sengkek mengharap semua free.. ujung2 kena tanggung biawak hidup. Naya anak dara orang je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus laa...duit lagi banyak nak pakai bila lepas kawin
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau wanita tu okay je, okay lah. Dah dia nak cenggitu.

Pokoknya, if you know what you want and don't want, dan yakin, insyaAllah tak de penyesalan regardless apa yang berlaku di kemudian hari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 02:56 PM | Show all posts
ok la tu, janji cukup rukun sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas pkp xheran dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantaran takde takpe tp elok la naikkn mas kawin tu jd riban riban dik. Sb mas kawin hak kita, blh simpan masuk asb ke epf ke. Rugi tau mas kawin puluh rm je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Inai rm55
Kalau nak lagi murah inai tu tak payah.
Atau beli inai mydin je, harga tak sampai rm5.

Pengantin perempuan ni cantik, tapi berkilat sangat muka, menutup kecantikan semulajadi dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.466037 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list