CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1854|Reply: 11

Musim Artis Bercerai-Berai, Naik Turun Mahkamah

[Copy link]
Post time 6-3-2023 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Minggu ini beberapa selebriti tanah air dilihat ‘tunjuk muka’ hadir ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan kes masing-masing. Ada yang telah selesai secara baik dan ada juga kes masih tergantung menunggu perbicaraan seterusnya.


Kes sebutan pertama tuntutan hak penjagaan anak oleh pelakon Adam Shahz terhadap bekas isterinya, Fatin Afeefa yang berlangsung pada 28 Februari lalu nampaknya memasuki episod lebih dramatik selepas wanita itu memfailkan bantahan terhadap pindaan tuntutan bekas suaminya.


Susulan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan semula tarikh sebutan kes iaitu pada 17 April depan bagi mendapatkan kemas kini tuntutan kedua-dua pihak.




Foto: Kosmo




Peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Adam memberitahu, pihak defendan iaitu Fatin telah memfailkan bantahan untuk pindaan permohonan pindaan iaitu hal lawatan yang difailkan plaintif (Adam) sebelum ini.


“Pihak kita sebenarnya memohon untuk membuat pindaan (hak lawatan) kepada yang telah difailkan sebelum ini iaitu tuntutan hak penjagaan penuh,” kata Liyana.


Tambah Liyana, anak guamnya juga telah memfailkan tuntutan hak penjagaan penuh anaknya daripada bekas isteri.


Sementara itu, Fatin diwakili peguam syarie, Aiman Abd. Rahman pula memberitahu akan mengikut segala prosedur yang ditetapkan mahkamah bagi menyelesaikan kemelut tersebut.


“Tiada apa yang saya nak cakap. Kita sudah masuk mahkamah dan akan selesaikan mengikut proses.


“Saya juga enggan beri sebarang kenyataan yang boleh memakan diri dan menghormati badan kehakiman,” tuturnya.


Tuntutan RM1 juta Lufya


Fokus media kemudiannya beralih kepada pelakon dan penyanyi Lufya Omar apabila membuat tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta terhadap bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 2 Mac lalu.


Peguam mewakili bekas suami Lufya, Abd. Hadi Mohamad Salleh memberitahu, pengurusan kes tersebut adalah selepas selebriti itu memfailkan tuntutan kepada pihak mahkamah pada Oktober tahun lalu.


CHE Muhammad Hafiz terkejut dengan tuntutan mutaah dikemukakan bekas isterinya, Lufya berjumlah RM1 juta.
“Selepas tuntutan berkenaan, Lufya dan Dr. Che Muhammad Hafiz melalui proses sulh, namun proses itu tidak tercapai.


“Jadi kami sedang menunggu tarikh daripada mahkamah untuk sebutan kes seterusnya,” ujar beliau.


Dalam pada itu, Dr. Che Muhammad Hafiz ketika ditemui mengakui agak terkejut dengan amaun tuntutan mutaah RM1 juta oleh Lufya.


Bagaimanapun, suami kepada pelakon Julia Farhana Marin itu tetap menghormati tuntutan bekas isterinya. Dia menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.


Alicia Amin tiba-tiba cerai


Khamis lalu, media juga tiba-tiba dikejutkan dengan berita perceraian model juga pelakon Alicia Amin bersama suaminya, Farzan Iqbal selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.


Ternyata berita tentang perceraian selebriti seksi itu mengejutkan ramai pihak apabila kedua-duanya langsung tidak pernah memberikan bayangan keretakan dalam rumah tangga mereka.


Kata Alicia, perceraian mereka berlaku secara baik dan bukan disebabkan isu kecurangan atau gangguan daripada pihak ketiga.


“Betul, kami dah bercerai secara baik. Kami pergi mahkamah sama-sama dan dia lepaskan saya dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


“Selepas hidup bersama sebagai suami isteri selama dua tahun, kami lebih mengenali diri masing-masing.


“Selepas perbincangan (untuk bercerai), kami putuskan bahawa lebih selesa sebagai kawan sahaja, bukan lagi pasangan suami isteri,” kata pelakon berusia 28 tahun itu.


Alicia mengakui hubungan bersama bekas suami memang sudah lama retak menanti belah dan akhirnya tiada apa lagi yang boleh diselamatkan.


Seperti api yang membakar sekam, dalam diam-diam semuanya musnah.


“Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dia selalu di klinik sebab kerja sampai lewat malam sebagai doktor, saya pula selalu ke sana ke mari disebabkan kerja sebagai pelakon dan model,” jelasnya.


Menjelang 7 Mac ini, tumpuan dan fokus media pastinya akan tertumpu pula terhadap sebutan pertama kes perceraian yang difailkan pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap suaminya iaitu pengarah, Syamsul Yusof.


Mengakui sudah berfikir semasak-masaknya, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, itu seboleh-bolehnya mahu segera diceraikan secara baik pada 7 Mac ini, yang sekali gus jatuh pada tarikh ulang tahun kesembilan perkahwinan mereka. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah buat semua yang terlibat. moga yang baik baik untuk masa akan datang, diberkati Allah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 01:35 PM | Show all posts
dulu ritagarit pun mendabik dada
suruh ceraikan dia kalo notelo tu jantan
sekali dia jatuhkan talak dan move on
sampai ke harini ritagarit meroyan tak cukup taknak

shin takmo such things to happen to PS
hidup di dunia bkn utk hari smlm dan harini
esok kalo ada rezeki ada lagi hari kita nak hadap
berpada lar dlm segala hal
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yang terbaik buat semua
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 02:42 PM | Show all posts
dulu pun bila masuk musim artis bercerai memang berderet yach bercerai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
OsHiN_hOnEy replied at 6-3-2023 01:35 PM
dulu ritagarit pun mendabik dada
suruh ceraikan dia kalo notelo tu jantan
sekali dia jatuhkan talak  ...

lufya pun sama..dia yang desak supaya diceraikan
dah cerai pun nampak tak tenteram jugak
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 03:21 PM | Show all posts
bluecrystal replied at 6-3-2023 02:48 PM
lufya pun sama..dia yang desak supaya diceraikan
dah cerai pun nampak tak tenteram jugak

lutfya tu mcm tak sync
dlm dia hebat dlm beribadat
it doesn't translate to her personal life
dia kan yg selalu ada dgn erra usrah/umrah bagai?

tak sabar tunggu umi baby punya turn
berdasarkan komen kat ig dia
she is the chosen one
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gasaklaa depa nk bercerai ke apa

Kuar berita baca laa dan komen
Tapi tak koser nk mikirkan hal depa tu
Masalah sendiri pun bertimbun takde lak depa2 tu semua mai bantu
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 03:41 PM | Show all posts
lufya tu mcm mental pun ada.... ko kan lawa, cari la jantan lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2023 03:50 PM | Show all posts
semoga semuanya baik baik saja
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2023 09:03 AM | Show all posts
lufya tu mental aku stuju tapi cantik??? lambertttt lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.063849 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list