View: 6875|Reply: 66
|
Suami Tembak Mati Isteri Hamil Lima Bulan "Menantu Alami Kemurungan, Pernah Pandu Kereta Tanpa Hala Tuju Sampai Habis Petrol"
[Copy link]
|
|
Kangar: Suri rumah yang maut ditembak suaminya yang juga anggota polis di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, di sini, disahkan hamil lima bulan.
Perkara itu didedahkan oleh ibu mangsa, Che Mas Taha, 63, yang menyatakan bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu, Safsufarnisya Salleh, 26, hamil anak pertama selepas berkahwin dengan suspek selama dua tahun.
Foto: Harian Metro
"Memang anak saya hamil lima bulan ketika dia meninggal semalam.
"Malah, kami tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana menantu (suspek) ini memang baik orangnya sehinggakan kami sudah anggap dia sebagai anak sendiri.
"Jadi kehilangan Safsufarnisya ini adalah sesuatu yang sukar untuk saya terima terutama dalam keadaan apa yang terjadi tempoh hari," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, di sini hari ini.
Katanya, jika dilihat daripada keadaan sebelum ini menantunya yang berasal dari Setiu, Terengganu itu adalah seorang yang 'ringan tulang' dan gemar membantu keluarga termasuklah membelikan pelbagai keperluan termasuk makanan di rumah itu.
"Dia tidak pernah berkira dan kalau dia pulang ke rumah ini, dia pasti akan membawa pulang makanan termasuklah lauk-pauk.
"aling mengharukan adalah menantu makcik ini sering membawa kami termasuk Allahyarham keluar bersiar-siar sekiranya ada kelapangan.
"Oleh itu, bagaimanalah kami tak anggap dia sebagai anak sendiri tapi benda sudah jadi maka tidak boleh buat apa-apa dah sekarang," katanya.
Dalam masa yang sama juga, Che Mas turut memberitahu bahawa menantunya itu dipercayai mempunyai masalah kemurungan beberapa tahun sebelum ini.
Ini disebabkan menantunya ada menunjukkan perilaku yang tidak menentu sebelum ini.
"ada Aidiladha lalu, menantu saya ini pernah memandu tanpa hala tuju di lebuh raya seorang diri sehingga petrol keretanya habis.
"Apabila petrol sudah habis, dia kemudian bersolat di tepi lebuh raya itu dan kemudian menangis terisak-isak di tepi lebuh raya.
"Allahyarham terpaksa menghubungi tempat suaminya bertugas itu untuk mengesan dan membawanya pulang, jadi saya tidak menjangkakan ia berlarutan sehingga terjadinya kejadian semalam," katanya.
Che Mas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Salleh Eizan, 61, dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak berusia antara 39 dan 26 tahun.
Allahyarham Safsufarnisya pula berkahwin dengan suspek selepas bertemu ketika menjalani latihan praktikal dalam bidang pengurusan forensik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis beberapa tahun lalu.
Jenazah Safsufarnisya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Terdahulu, kenalan, rakan sekampung Allahyarham dan sanak saudara hadir menziarahi keluarga mangsa.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Ru'sele Eizan yang juga adalah bapa saudara mangsa.- CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Otak dah rosak makan dadah...mmg la kemurungan...x betul..x waras |
|
|
|
|
|
|
|
tanda2 nak salahkan hantu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 6-3-2023 02:33 PM
x kan pulis mkn dadih
Kwn meols ado laki pulish mam dadih...kwn tu nanes2 tanya mana nk bwk berubat...meols kata aadk...skrg dh baek kot |
|
|
|
|
|
|
|
terok gak pulis zaman now, sepatutnya melindungi, tapi sebaliknya... x leh pakai |
|
|
|
|
|
|
|
takziah. mental health ni bukan semua boleh handle nok. kita tgk.org tu normal je tp rupanya depressed.
kalau ada masalah mental tu pegi jelah KK. mintak nak jumpa pakar. rm5 je sekali jumpa pakar pun.
yg akak tak paham pdrm ni takkan lah tak perasan ramai staff problem skrg ni. patut dah boleh buat training, buat awareness dekat staff. janganlah stigmatizekan org yg ada mental health issues ni.
al fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangganya mokcik menantu solat x tinggal.
Ujung2..?? |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 6-3-2023 05:29 PM
Bangganya mokcik menantu solat x tinggal.
Ujung2..??
Dah tu, karang kalau acik kata nantu saya ni ketum, ganja tak prnh tinggal...kang org kata buka aib pulak |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 6-3-2023 05:34 PM
So dah sah2 polis tu mental, kenapa pdrm nak simpan lagi? Tidakkah membahayakan org awam?
Aku ...
Sama la mcm cikgu² yg mental pun simpan selagi boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 6-3-2023 05:39 PM
Sama la mcm cikgu² yg mental pun simpan selagi boleh.
Khueen...ni x abih2 transfer daerah la,transfer dept la....x bleh ke buang terus je org mcm ni
Perlu ke nk gajikan org mental utk serve org awam?
Kita perlukan gomen staff yg berakal sihat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau cikgu bermasalah,hantar ke sekolah @dua_chzy
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah lah. Jgn buat main org kemurungan. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 6-3-2023 06:00 PM
Kalau cikgu bermasalah,hantar ke sekolah @dua_chzy
Kesian la kt students weh
Akak yakin sheols pun takmo accept cikgu2 problematic kt situ weh |
|
|
|
|
|
|
|
orang kata solat itu mencegah kemungkaran.tapi tetap berlaku kemungkaran.
di mana silapnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Xkan polis nak ngaku anggotanya positif syabu
Padahal kisah ni bocor dr insider jg
So berlegar2 la citer kemurungan ke hulu kemurungan ke hilir
Padahal sel2 otak xleh nak berhubung lg sebab dah rosak |
|
|
|
|
|
|
|
i dapat sense beberapa reason :
a) Mangsa minta bekerja tapi suami tak bagi izin.
mangsa tanya lagi sekali. lalu di tembak.
b) Isteri mintak duit nak beli barang dapur tapi suami bagi RM 100
isteri kata tak cukup .....lalu di tembak
c) suami mangsa terlibat dengan dadah , rasuah , judi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau duduk K.L rasa nak mendadih tu logik la jugak
sebab K.L kos sara hidup tinggi
ni duduk Perlis. kos sara hidup tinggi mana sangat
lagipun kerja dah elok tu anggota polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi mokcik hingga kini kemain ko dok puji menantu bngsat tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|