CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Sarawak] Tiada rekod rakyat Malaysia disaman di Brunei kerana tidak lekat cukai jalan

[Copy link]
Post time 5-3-2023 04:13 PM | Show all posts |Read mode


Hasbi (duduk dua kiri), Norizan (kiri) dan tetamu lain bergambar bersama Program JPJ Bersama Anda di Limbang, hari ini.

LIMBANG: Tiada rekod diterima Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) berhubung rakyat Malaysia yang disaman di Negara Brunei Darussalam susulan kesalahan tidak melekat cukai jalan di kenderaan persendirian.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, hasil perbincangan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bersama duta di Brunei menunjukkan tiada rekod menunjukkan rakyat Malaysia yang disaman di negara itu.

Katanya, sebelum ini tular dalam media sosial mengenai rakyat Malaysia (Limbang) yang disaman di Brunei kerana kesalahan tidak melekat cukai jalan di kenderaan mereka ketika berada di negara berkenaan.

"Saya mengarahkan Ketua Pengarah JPJ Malaysia untuk berbincang dengan duta, memang betul tiada rekod sebagaimana yang disuarakan oleh duta kepada saya, dia menelefon saya di Putrajaya bahawa tiada rekod dalam negara tersebut bahawa ada orang yang telah disaman.

"Jadi sebab itu saya risau apabila kita menerima aduan kena saman 70 dolarlah, kita jangan cepat percaya benda yang belum tentu kesahihannya disebar dalam media sosial, ujarnya katanya ketika berucap pada Program JPJ Bersama Anda (Ketua-Ketua Masyarakat) di Dewan KEMAS di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili dan Ketua Cawangan JPJ Limbang Abang Aien Abang Bolhil.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata, meskipun pihaknya turut menerima aduan mereka yang mendakwa disaman, namun apabila ditanya mereka gagal menunjukkan resit saman sebagai bukti mereka disaman.

"Tapi betul atau tidak, bila kita minta resit, dia cakap tak ada, orang kena  saman, mesti ada resit, carilah polis satu dunia, penguatkuasaan satu dunia, bila kita kena suruh bayar mesti ada resit," ujarnya lagi.

Beliau juga meminta bantuan pihak media agar menyelidik dahulu sebarang isu dan berita yang disebar dalam media sosial, sekali gus mendidik masyarakat agar tidak mudah melenting dengan berita yang belum tentu kesahihannya.

Beliau turut berharap masyarakat khususnya di Limbang tidak menularkan sebarang isu berkaitan saman yang belum tentu kesahihannya melalui media sosial.

Ini penting katanya, dalam menjaga hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara Malaysia dan Brunei khususnya melibatkan perkongsian sempadan antara kedua-dua negara.

Kerajaan melalui kementerian di bawah agensinya JPJ juga akan terus menaik taraf sistem perkhidmatannya ke arah pendigitalan secara berperingkat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyampaian berkesan  kepada pelanggan, katanya.

Menurutnya, lesen kenderaan motor digital (E-LKM) dan lesen memandu malaysia digital (E-LMM) adalah usaha ke arah memacu sistem pendigitalan sepenuhnya JPJ.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.058059 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list