CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Sarawak] Bintulu perlu kawasan yang menempat peniaga jalanan dalam satu bumbung

[Copy link]
Post time 5-3-2023 04:07 PM | Show all posts |Read mode


Wan Zain (dua kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip (kanan) menunjukkan pelbagai produk yang dijual peniaga semasa Festival Keusahawanan Sarawak Melaka (FKSM) 2023 di Naim Street Mall Paragon Bintulu.
BINTULU: Bintulu perlu dibina kawasan yang menempat peniaga jalanan dalam satu bumbung dengan mengambil contoh pusat perniagaan daya penarik pelancong seperti Jonker Walk di Melaka, India Street dan Carpenter Street di Kuching.

Pengerusi Persatuan Anak Sarawak-Melaka (PASM) mewakili Melaka First Datuk Wan Zain Syed Mohdzar berkata, untuk mewujudkan pusat seumpamanya perlu ada kumpulan pendesak yang boleh mengenal pasti atau mencadang bagi pembangunan kawasan ini.

Katanya, kumpulan ini perlu bercakap dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) sebagai perancang bandar dan Pejabat Residen sebagai pentadbir bahagian ini.

"Kita mengharapkan perniagaan maju tetapi masih ditakuk sama tidak boleh berkembang dan kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memberi nasihat agar urusan jual beli tidak hanya setakat di sini sahaja sebaliknya perlu mencari tempat kekal untuk menempatkan peniaga seperti Jonker Walk di Melaka," katanya kepada Utusan Borneo semasa ditemu bual di sini baru-baru ini.

Wan Zain berkata, terdapat banyak tempat bersesuaian di sini untuk menempatkan peniaga sekiranya ingin merealisasikan usaha seumpamanya.

"Bintulu tiada tempat niaga yang boleh menarik perhatian orang luar untuk datang ke sini dari segi daya penarik pelancongan maka tidak salah untuk kita mengusul cadangan untuk mewujudkan tempat tarikan pelancongan ini dan usaha ini perlu datang dari NGO.

"Mungkin kita boleh mula dengan menempatkan 10 ruang niaga seterusnya ditambah ke 20 buah tetapi bukan dalam bangunan sebaliknya di ruang terbuka," katanya.

Beliau mengambil contoh dengan mewujudkan pusat penjualan kain atau jualan tekstil yang mampu menarik pengunjung untuk membeli belah dan berkunjung ke tempat yang menjual barangan tekstil secara besar-besaran.

"Apabila diwujudkan pusat ini orang tempatan yang mengetahui sejarah Bintulu mungkin boleh menamakan pusat niaga jalanan itu dengan nama bersejarah Bintulu dari sebuah pekan nelayan kepada bandar besar industri minyak dan gas, tempat pertama mesyuarat Dewan Undangan Negeri(DUN) atau menamakannya Vaie Street sekiranya dipersetujui semua pihak.

"NGO peniaga di sini perlu bertindak sebagai badan dan persatuan pendesak serta perlu bersatu untuk membawa cadangan ini ke peringkat atasan
supaya hasrat ini menjadi kenyataan," tambahnya.

Ujarnya, sekiranya dipersetujui kerajaan perlu mengenal pasti tempat sesuai serta membuka peluang kepada pelbagai orang untuk menyertai dan menjual
pelbagai jenis barang misalnya menjual permaidani, pakaian, kain, barangan tekstil dan sebagainya.

"Masalahnya sekarang, belum ada kumpulan pendesak yang kuat untuk mewujudkan tempat seumpamanya. Usaha ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada perkembangan perniagaan di Bintulu bahkan penganjur program," katanya yang merupakan bekas exco Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Dalam perniagaan terutamanya peniaga kecil katanya, mereka perlu saling membantu dalam semangat orang berniaga serta tidak bersikap individualistik sekiranya ingin maju bersama.

Pada masa sama beliau menyatakan cadangannya untuk menganjur ekspo makanan melibatkan usahawan-usahawan kecil dengan kerjasama NGO di Bintulu dan Sarawak pada masa akan datang.

"Kita bawa sukarelawan dari Miri dengan penganjurannya berpusat di Bintulu manakala penyertaannya dari Bintulu, Tatau, Balingian dan Mukah serta yang berdekatan," katanya.

Selain itu katanya, cadangan lain adalah untuk mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri Melaka dan kerajaan Sarawak untuk mengadakan ekspo yang sama dengan menarik penyertaan usahawan di negeri ini khususnya Bintulu dan Melaka termasuk penganjuran seminar keusahawanan.

"Ia antara perancangan yang ingin kita kemukakan dan laksanakan tetapi terpulang kepada persetujuan atau keputusan kedua-dua negeri Sarawak dan Melaka  kelak. Sekiranya bersetuju kita akan meneruskan penganjuran ekspo ini," ujarnya.

Menurutnya lagi, perancangan itu adalah demi kebaikan para peniaga dan perniagaan khususnya peniaga-peniaga kecil di negeri ini untuk terus berkembang.

"Kita merancang untuk mengadakan ekspo ini pada 31 Ogos Hari Kemerdekaan Negara ataupun pada Hari Sarawak (22 Julai) ataupun Hari Malaysia (16 September) sekiranya dapat dilaksanakan dan jika tidak mungkin menunda ke tahun hadapan," jelasnya.

Ujarnya, sasaran penyertaan adalah untuk 100 ruang niaga atau 100 khemah dibahagikan kepada para peniaga sejauh Niah, Bekenu, Mukah, Balingian, Tatau dan Melaka termasuk Bintulu.

Katanya, lokasi penganjurannya mungkin Pejabat Residen dan BDA dapat mengenal pasti lokasi yang sesuai tetapi beliau melihat tapak lapangan terbang lama elok untuk penganjurannya.

Pada masa sama katanya, pihaknya akan meminta peserta Melaka menonjolkan kebudayaan mereka dari segi tarian, pakaian dan masakan tradisional dalam ekspo begitu juga dengan orang tempatan di sini.

"Apa yang kita usahakan ini adalah untuk kebaikan para penjaja. Kita usahakan ini juga bukan untuk kita di sini sahaja tetapi menarik penyertaan orang luar
supaya bandar ini mampu menjadi tarikan pelancongan," katanya.

Katanya, pihaknya akan berkempen berhabisan dan mempromosikannya untuk menarik pelancong dari Melaka mahupun pelancong Singapura yang berkunjung ke Melaka untuk datang ke Bintulu.

Begitupun katanya, usaha ini bergantung kepada perancangan pejabat residen sebagai pemantau dan mereka sebagai NGO akan memohon dengan Pejabat
Residen, BDA dan kerajaan negeri untuk usaha ini.

"Harapan saya adalah memberi kesedaran kepada peniaga mengenai perniagaan makanan yang mempunyai potensi besar untuk berkembang maju sekiranya rajin  berusaha dan tidak mengaku kalah dalam meneruskan kelangsungan perniagaan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.258252 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list