Edited by JiEunTak at 3-3-2023 01:47 AM
Fasha Sandha cedera mata kiri ‘dibelasah’ Azhan Rani
PETALING JAYA – Malang tidak berbau apabila pelakonberkaliber Fasha Sandha mengalami kecederaan pada mata kirinya selepasterhentak pada bucu katil sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama diselatan tanah air.
Disebabkan kemalangan tersebut, Fasha, 39, mengalami patahtulang mata kiri selain pendarahan bebola matanya, bengkak dan sedang dirawatdi salah sebuah hospital pakar di Johor Bahru.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan wakil kepada Fasha dalamInstagramnya, bahawa pelakon itu mengalami kecederaan ketika sedang menjayakansatu babak pergaduhan bersama aktor Azhan Rani untuk drama berjudul Anak Tuanarahan Along Kamaludin.
“Maaf kakak (Fasha) sedang berehat secukupnya. Kakakmengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran AnakTuan untuk siaran TV3 pada 1 Mac (pagi semalam).
“Mata dan kepalanya terhentak pada bucuk katil yang tajam.Tulang mata kirinya patah dan bebola mata berdarah serta bengkak. Kakak sedangdirawat di sebuah hospital pakar di Johor Bahru. Insya-Allah akan dipindahkanke sebuah hospital di Kuala Lumpur pada petang ini atau esok.
“Mohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakankesihatan kakak,” tulisnya.
Menerusi video sedutan babak drama yang dikongsikan,kelihatan Azhan menarik rambut isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu dalamsebuah rumah kampung sebelum menolak aktres terbabit sehingga kepalanyaterhantuk pada bucu katil.
Berhubung kejadian malang tersebut, pihak produksi telahtampil memohon maaf kepada Fasha dan keluarganya atas apa yang berlaku.
Bagaimanapun, pemenang Pelakon Terbaik Drama Anugerah Skrin2017 itu enggan menyalahkan mana-mana pihak kerana menganggap kejadian yangterjadi itu berlaku di luar jangkaan sesiapa pun.
“Kata kakak, tiada siapa yang harus dipersalahkan keranakemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita. Insya-Allah saya akan kongsiperkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih,” ujarnya.
Dalam ruangan komen, ramai rakan artis meninggalkan komenmendoakan agar ibu kepada tuga cahaya mata itu segera sembuh, termasuk AzhanRani sendiri
“Insya-Allah. Berehat dulu, jangan fikir pasal kerja. Sayadoakan semua dipermudahkan. Apa-apa nanti kongsi perkembangan terkini,”ujarnya.
Sementara itu, rata-rata netizen juga percaya pelakon AzhanRani tidak sengaja menyebabkan kecederaan Fasha sewaktu menjayakan babak untukdrama tersebut dan meminta supaya pelakon metod itu tidak menyalahkan dirisendiri.
“Abang jangan salahkan diri sendiri. Semoga abang dan Fashamendapat nikmat yang besar,” kata seorang netizen.
“Bersabarlah bang. Berlakon pun bukan kita nak buat betul-betul. Bala tidak mengenal tempat,” kata seorang pengguna Instagram. “Kejadian tidak sengaja. Semoga abang Azhan Rani tidaksalahkan diri sendiri,” ujar seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE
Oleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI 2 Mac 2023, 11:43 am
Get well soon Fasha!!
|