CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17792|Reply: 217

Dah pulak...Hafidz Roshdi ceraikan isteri tanpa niat?

[Copy link]
Post time 2-3-2023 12:06 AM | Show all posts |Read mode
Hafidz Roshdi ceraikan isteri tanpa niat?



Hafidz Roshdi.


Kuala Lumpur: Pelakon Hafidz Roshdi, 29, dilaporkan membuat permohonan pengesahan lafaz cerai selepas didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dengan talak satu di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor, kelmarin.

Menurut sumber kepada Harian Metro, Hafidz memohon mahkamah untuk meneliti setiap dakwaan berlakunya lafaz cerai dari segi rukun dan syarat.

"Hafidz memberitahu mahkamah lafaz cerai terhadap isterinya dibuat tanpa niat.

"Jadi dia memohon mahkamah untuk meniliti lafaz cerai sama ada lafaz itu sah atau boleh menggugurkannya," katanya.

Dalam masa sama, sumber memberitahu, satu tarikh baharu bakal ditetapkan mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai membabitkan pasangan itu.

Terdahulu Harian Metro melaporkan Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya dengan talak satu, bersaksikan keluarga mereka.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain, bernama Athira Yuhada.

Athira Yuhada juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon terbabit namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... n-isteri-tanpa-niat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2023 12:06 AM | Show all posts
menyesal la tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 12:37 AM | Show all posts
Betul la dia ni sakit kot. Mentally unstable
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyesal la tu, hujung2 dapat penyondol taraf2 marhaen jah rupa. Kalau lawa macam peah takpe jugak. Or maybe takut sebab job banyak kena cancel. Dah la sudah kian sendu sooo bertambah sendu lagi la nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila talak ke tu
Camna bini dia nk bisnes nanti
Tak cukup satu kena tukar jd apa lak nnti
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 2-3-2023 01:04 AM
Gila talak ke tu
Camna bini dia nk bisnes nanti
Tak cukup satu kena tukar jd apa lak nnti

Tak cukup satu, mai ambil lagi. Agittew iols sarankan slogan bisnes baru .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2023 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ke sebab penyondol pun dh x kebulor kan dia?
Yg mungkin bakalan flop sbb telah dibenci ummah?
Lalu baru dia tersedar nak uturn balik
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada niat takde niat dah terlafaz pun.
Sama gak contohnya kalau tengah mabuk lafaz cerai, mmg jatuh talak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 2-3-2023 01:02 AM
Menyesal la tu, hujung2 dapat penyondol taraf2 marhaen jah rupa. Kalau lawa macam peah takpe jugak.  ...

Iols speku job kena kensel.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
bosan la dia nih, sebab takdak job lah tu kot khenz
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 01:35 AM | Show all posts

Aiyoooo fenin
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi dia dah mula guna hashtag #dudaanakdua
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
B*d*h kau!!! Dan Dan tanpa niat.. Time curamg berniat pulak ..  Shu baik kau move on!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Anti klimaks la ko nih

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
dia memang betul2 tak bape nak waras kot..shu pun cepat sangat bagitau orang..patutnya tunggu bicara kat mahkamah..hakim je yang boleh jatuhkan talak tu sah ke tidak..tak berani nak komen2 sangat takut jadi bella 2.0..last2 diorang balik jadi laki bini kite berhuhu je
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
I speku sbb dia gila talak n nak main mainkan perasaan bini dia. Jantan saiko. Nanti kalu talak x sah, dia pijak2 lg si shu, jdkan shu hamba dia tp next time mgkin dia xlepaskan dah. Buat mcm sol tu lg x guna dari apis ni. Harap sol tu duk la neraka plg bawah skali. Dah dera mental fizikal bini, smpai skrg xnk lepaskan PS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Betullah ada mental disorder...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni sengaja nak melambat-lambatkan proses je ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Komer nihhh

Dia cakap TANPA NIAT
Sebab taknak kena denda 3k lafaz cerai luar court
Nanti depan hakim tu dia akan lafaz sekali lagi
Bersaksikan hakim
FOC
Tunggu 30 minit
Surat cerai siap
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 2-3-2023 05:09 AM
Komer nihhh

Dia cakap TANPA NIAT

Sengkek nya 3k pun xda lg ada hati nk pasang skendel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
Filem Filem Hebat Karya Pengarah Woody Allen
mat_arofFilem Filem Hebat Karya Pengarah Woody A
Views : 10545 Replies : 33
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 18723 Replies : 31
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282688 Replies : 8340
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2266 Replies : 18
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64501 Replies : 396
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 41684 Replies : 147
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 2929 Replies : 0
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98662 Replies : 1017

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.315644 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list